Tuesday, December 28, 2010

Last Or Not.

Assalamualaikim w.b.t.

first thing first, i went for a futsal last night. it was great! after 1 and a half years, i'm back ma'fudger! wahahahhahahahaha!! and people call me Puyol, which on what purpose i'm 100% sure, it's because of my long curly hair. for those who never seen Puyol before, below is his image.
4 games, and it end up well. no injuries or whatsoever. i'm still haven't recover yet from my knee injury. but with no injury, that's sound promising. my knee is slowly recovers. 1 and a half years without sports man! shnitzz.! that was an awesome comeback!

anyways, i just wanna share with u guys some info about my gigs.
my "supposed" last two months gig had been cancel due to an expected problem. two of them. i hope that this kind of thing will never happen again. and i hope there will be no more "next time".
and my latest gig is on this coming january, date hasn't yet confirm. but the venue is confirm. i'll be playing at the Central Market in the middle of K.L. for those who wants to see me performing live in front of your eyes, please come because this "will" be my last performance. i'm planning to quit my part-time music career.

i'll update more about my gig next time.

thank you.

-wanpok-

Thursday, December 23, 2010

Cats Do Cry Youtube Channel

Assalamualaikum w.b.t.

Please, feel free to enjoy and layan our songs. 3 of them down there and feel free to subscribe to our bands Youtube channel. Click link below to navigate your self to our channel.

-Cats Do Cry-Cats Do Cry-Cats Do Cry-Cats Do Cry-Cats Do Cry-

Thank you!

-wanpok-

Dialah Cahaya

Berlari Mengejar

Falling Slowly ( a cover originally performed by Glen Hansard and Market...

Wednesday, December 22, 2010

Mr. Balasubramaniam

Mr.Bala: Khairul! please lah! inform others that the thesis presentation will be held at YELL ARR 6 lah! *dengan kelajuan percakapan yang luar biasa*

Aku: owhh..! Okey sir! *sambil blur-blur untuk mencari venue yang di sebut oleh Mr. Bala tadi*

Mr.Bala: And one more thing lah, tell them to make two copies of their proposal for the panels lah!

Aku: Alright sir! Consider it done! *masih berlagak tak nak tanya kat mana venue sebenar*

Mr.Bala: okey lah! Goodluck for your presentation tomorrow lah! *sambil senyum-senyum dan mengeleng kepala Indian style*

Aku: Thanks sir! errr... one more thing sir.. i was wondering where is the venue you've mentioned just now?

Mr.Bala: YELL ARR 6 lah! YELL ARR 6!

Aku: owh.! LR 6! okay! *sambil gelak kuat-kuat dalam hati*

*Mr. Balasubramaniam berasal dari tanah besar India. beliau Tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa malaysia. Tapi, dihujung setipa ayat dia akan ada perkataan "LAH". sangat kuat pengaruh "LAH" di Malaysia sampai lecturer foreign pon terikut-ikut. Lagi sorang foreign lecturer aku yang terikut-ikut dengan sebut "LAH" ni adalah Mr. Parvez. Aku respect mereka!*

Monday, December 20, 2010

Aku Kedekut!

assalamualaikum w.b.t.

fuhhh..!!!
dah lama aku tak meng'update' benda jadah ni. hahahahahahaha. nanti kalau ada masa aku update Ismail Part II pulak. okay?

kali ini aku nak cerita pasal aku punya perangai kedekut. tapi bukan pasal wang. aku pasal wang ni pemurah. tiada hal sekiranya orang mintak tolong pasal wang, tapi kene pastikan aku pon ada lebihan wanglah pada waktu itu. kalo tak, tak dapat lah aku nak menolong. haaaa.

sebenarnya, aku ada satu sifat kedekut yang sangat teruk terhadap makanan. haaaa. tu kutuk akulah tu. taulah aku gemuk, dapat pulak perangai kedekut makanan ni. ha, lagilah terserlah kegemukan aku ni kan? shnitzzz!

aku tak kisah sekiranya makanan tu aku beli, yang jadi masalahnya bila makanan tu bonda aku yang masakkan. aku memang kedekut. antara sebab-sebab aku kedekut makanan yang dimasak oleh bonda aku adalah seperti berikut:-

1) Aku tak suka kongsi kesedapan masakan bonda aku dengan orang lain sebab itu yang membuatkan bonda aku special. masakannya sedap tapi tak ramai orang pernah rasa. SPECIAL bukan? ahahahahhaa..

2) Sakit mata bila kau tengok orang yang kau share makanan tu, tak habiskan makanan tu. rasa hati pedih semacam je. woi! c'mon man! mak aku masak sedap kot! apehal ko tak habiskan?! ko nak kene makan dengan aku pulak ke?! kalau aku tau aku tak bagi. see, nampak tak kedekut dia kat situ? hahahahaha.

3) sebab ke-3 ni yang aku rasa korang tak akan boleh terima. sebab bonda aku pesan kat aku suruh AKU habiskan makanan tu. so, aku kene habiskan makanan tu sorang-sorang dengan apa cara sekalipun. bonda aku tak pesan pon macam ni "wan, suruh kawan-kawan kamu habiskan makanan ni". haaaaa. kalau bonda aku suruh kawan-kawan yang habiskan pon aku tetap tak akan bagi sebab aku taknak sebab yang ke-2 terjadi. hah! boleh?! hahahahahahahha!!!

oleh kerana itu aku cakap "taknak" sekiranya bonda aku tanya nak bawak balik lauk ke rumah sewa aku ke tak? hahahahahahahaha. itulah dia 3 sebab yang paling kukuh aku boleh bagi untuk tatapan korang. sebenarnya ada banyak lagi, tapi takut korang cakap aku mengarut pulak. hahahaha. baiklah, itu saja untuk entri kali ini.

selamat malam.

-wanpok-

Sunday, November 28, 2010

Monday, November 1, 2010

Ismail (Part I)

assalamualaikum w.b.t.

Ismail, seorang yang pendiam ketika masa kanak-kanaknya. ismail anak yang ke-4 dari 6 orang adik-beradik. adik-beradik ismail yang lain sangat segan dengan dia, kerana ismail jarang bercakap. ismail bukan bisu. ismail bukan pekak. tapi ismail cuma jarang bercakap. ismail berasal dari keluarga yang susah. ibu ismail hanya suri rumahtangga sepenuh masa. ayah ismail pula hanya seorang penoreh getah. cukuplah untuk menyediakan makanan untuk seisi rumah bila tiba waktu untuk makan. tapi makanan mereka hanyalah nasi dan ikan kering. cukuplah untuk mereka satu keluarga bernyawa untuk hari seterusnya.

ismail ke sekolah rendah dengan berjalan kaki sejauh 2 batu. kebetulan rumah ismail berhampiran dengan sekolah. tiada perkhidmatan bas sekolah ketika itu, jika ada pun, ayah ismail tidak mampu untuk menyediakan untuk dia. tapi zaman sekarang, 2 batu itu memerlukan sebuah motorsikal untuk ke sekolah. ismail akan ke sekolah tanpa rasa jemu. jarang kedua orang tua ismail mendengar dia merunggut tentang hal-hal persekolahan. bila pulang dari sekolah. ismail orang yang pertama membersihkan diri dan terus membuka al-quran untuk belajar dengan ibunya. bila malam, ismail akan duduk berseorangan didalam biliknya. dipasangnya kelambu dan dinyalakannya lampu minyak tanah. ketika adik-beradiknya yang lain sedang sibuk bermain serta bergurau, ismail hanya duduk didalam kelambu menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam.

ketika umur ismail 15 tahun, ismail telah berjaya masuk ke sekolah aliran inggeris di tengah ibu kota negeri yang ismail dilahirkan. ismail pergi ke sana tanpa menggeluh. bagi ismail, pada masa itu, apa sahaja peluang yang ada perlu diambil serta-merta. disana, ismail tinggal dirumah kakaknya. kakak ismail baru sahaja mendirikan rumahtangga. disitulah ismail tinggal. hal makan minum ismail tidak ada masalah kerana ismail mendapat biasiswa pada ketika itu. untuk ke sekolah, ismail terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10 batu. ismail berjimat dalam membelanjakan duit biasiswanya untuk membeli basikal, untuk memudahkan ismail ke sekolah. pada suatu hari, ismail singgah ke perpustakaan negeri berdekatan sekolah ismail untuk menggulangkaji pelajaran dan mencari sedikit informasi tambahan dalam pelajaran beliau. kecewanya hati ismail ketika keluar dari perpustakaan dan mendapati basikalnya sudah hilang dicuri orang. lewat petang itu, ismail berjalan kaki pulang kerumah sejauh 10 batu. tapi, keesokan harinya, ismail bangkit awal pagi untuk kesekolah kerana basikal sudah tiada dan ismail perlu berjalan kaki. tiada apa yang dapat memadamkan semangatnya untuk pergi menimba ilmu.

berlalu sudah dua tahun. ismail sudah berumur 17 tahun. sudah 2 tahun ismail berpisah dengan orang tua dan adik-beradik yang lain. pulang ke kampung hanya pada hari raya. ismail mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan. ismail sekali lagi mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran ijazah sarjana muda ke tanah Uncle Sam. beliau terus ke ibu kota tanah air untuk membuat persediaan ke luar negara. selam setahun ismail berpengkalan disana. genap tiga tahun ismail berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. tahun berikutnya, ismail pun terbang ke tanah Uncle Sam untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun setengah. bermulalah babak baru dalam hidup ismail.

disana, ismail tetap pendiam seperti dahulu. tapi ismail mula meringgankan mulutnya dengan bertegur sapa pelajar-pelajar yang lain kerana sedar yang keadaan disana, ismail perlu kenal dengan pelajar-pelajar senegara dengannya. ismail duduk serumah dengan seorang pelajar senegara dengannya. tetapi berlainan jurusan. semuanya perbelanjaan ditanggung oleh MARA kerana ismail dibawah tajaan MARA. 6 bulan pertama ismail terpaksa berhempas pulas untuk menyesuaikan diri dengan keadaan disana. ismail terpaksa ke kedai buku berdekatan untuk membeli buku-buku 'second-hand' untuk belajar kerana tidak mampu untuk membeli buku baru. pernah sekali ismail membeli buku yang terdapat cop pada kulit buku itu menunjukkan bahawa buku itu pertama kali dibeli pada tahun 1968. ismail tidak kisah akan kondisi buku yang hampir hancur itu. bagi ismail, selagi ada ilmu, selagi itu dia sanggup pakai. genap setahun, ismail ditinggalkan oleh rakan serumahnya yang berpindah kerumah lain tanpa memberi apa-apa alasan. ismail sedar, beliau berasal dari kampung dan rakannya pula berasal dari bandar. pakaian dan penampilan ismail mungkin memalukan rakan serumahnya. maklumlah, buku yang ismail guna pun hampir 5o tahun umurnya.

ismail seorang yang penyabar orangnya...

bersambung...

Friday, October 22, 2010

Akibat Bosan Yang Terlampau

assalamualaikum w.b.t.

semalam kan aku membebel bosan-bosan kan?
haaa. tak pasal-pasal lepas aku bebel tu, ada satu kejadian aneh jadi dekat aku.
tak ada lah aneh mana pon, tapi agak menakutkan dan sedikit lawak. sedikit je lawak dai, tak ada banyak-banyak pon.

cerita dia macam ni.
semalam akibat bosan yang terlampau teruk, aku pon godek-godeklah PC housemate aku ni.
sekali jumpa cerita kartun AVATAR. ni bukan AVATAR yang ada torouk ma'tor kaler-kaler biru tu, ni AVATAR yang AIR BENDER tu. haa.. layan punya layan, sekali aku dengar ada bunyi kat dapur. bunyi macam ada orang masukkan tangan dekat celah-celah tingkap dapur untuk bukak pintu dapur tu. tingkap dapur ni memang sentiasa terbuka. ada seorang housemate aku ni, ntah saka apa masuk dalam badan dia, suka bukak pintu dan tingkap luas-luas time malam-malam (akan aku karang entry khas untuk beliau) aku pon dengan pantas usha. tak ada apa-apa yang aku nampak. aku sambung balik tengok cerita avatar tu.

selang 5 minit bunyi tu ader lagi. aku buat dek jela. tapi bunyi tu taknak berhenti. aku pon dengan berani nyer pergilah usha dekat dapur. time aku usha tu aku nampak mcm ada kelibat berlalu pergi dari tingkap tu. fuhhhhhh...!!! tak pernah aku alami benda-benda macam ni seumor hidop aku. aku pon beranikan diri untuk pergi dekat dengan tingkap tu. nak usha punya pasal. aku tengok dekat luar gelap je.

so, aku pon tutuplah tingkap tu. sekali boleh pulak kuali yang housemate aku sangkut kat situ jatuh terus masuk dalam sinki. huru-hara lah kejap keadaan time tu. sekali benda yang berlalu pergi dari tingkap tu datang balik. dia langgar-langgar tingkap dapur tu. lepas tu dia ada keluarkan bunyi lagi.

moooooooooooooowww!! nah! ambik kau wanpok! hilang darah kat muka. lembu rupa-rupanya. subahanallah. punya lah besar lembu tu. ada 4 ekor. aku terus tergelak sorang-sorang. sampai housemate aku yang lain terjaga. hahahahahaha. siapalah tuan lembu ni. bukan main lagi dia trained lembu-lembu dia untuk suspen kan orang. hahahahahaha..

maka, hilanglah kebosanan aku malam tadi akibat terasa terhibur dengan lembu-lembu yang kononnya nak pecah masuk rumah aku. hahahahahaha..

inilah yang akan terjadi sekiranya seekor lembu mencuba untuk memecah masuk rumah anda melalui tingkap dapur. credit untuk google kerana gambar ini.

-wanpok-

Malam Ini.

Assalamualaikum w.b.t.

malam ini.

sangatlah bosan.

exam dah habis.

tapi aku masih kat rumah sewa.

facebook? bosan!

youtube? bosan!

formspring? bosan!

esmeralda? bosan jugak!

blogging? pon bosan jugak! (lihat sahajalah entry ini)

tidur? yang ini tak pernah membosankan!

mari kita tidur!

-entry ntah apa-apa dari wanpok-

Friday, October 15, 2010

Air Awesome!

assalamualaikum w.b.t.

hahahahahahahaha.. pelik tak tajuk entry ni? pelik kan..?
bukan apa. saja nak kongsi dengan korang pasal 2 jenis air pelik yang aku baru minum (dah lama minum sebenarnya). serius aku sangat-sangat terkejut bila teguk 2 jenis air ni buat pertama kali nya. berikut adalah air-air yang aku rase awesome pernah aku minum:-

(1) air minuman Plus 1 Laboost

air ni sangat-sangat hebat. air ni telah berjaya membuatkan mata aku terbeliak sebanyak 3 kali.

kali pertama: 1st time aku teguk air nie.
kali kedua: sejurus selepas aku teguk dan cepat-cepat memandang ke arah botol ni.
kali ketiga: sebab ada awek depan aku memandang ke arah aku dengan tenungan yang sangat pelik.

kenapa aku terbeliak mata bila minum air ni? sebabnya, air ini rasa dia sebijik macam minum air kelapa. sebenarnya bukan rasa dia mcm air kelapa, tapi lepas kita minum tu, kita akan rasa macam minum air kelapa. korang paham tak? hahahahaha. kalo tak paham, korang pergi kedai, beli satu botol dan minum on the spot. konformasi korang akan terbeliak biji mata. hahahahaha.

tapi, yang lagi peliknya. air ni bila korang minum sejuk sahaja dia akan rasa macam air kelapa. tapi bila dia dah tak sejuk, rasa dia macam air biasa. misteri bukan?
sebab itulah aku panggil air ni air awesome!

(2) F&N Seasons Chrysanthemum Tea

okay. air ni pulak. berjaya membeliakkan mata aku sebanyak 2 kali sahaja.

kali pertama: first time teguk air ni.
kali kedua: time aku tuang air ni kat dalam sinki sebab nak tgk apa benda yang masuk dlm mulut aku.

aku tak pasti kalo aku yang lambat tahu atau aku yang paling ketinggalan zaman. maafkan aku ya. tapi aku nak cerita jugak. air ni. betul-betul dia letak kelopak bunga krisantimum tu! wa cakap sama lu! aku sangat-sangat terkejut dan teruja kerana F&N buat julung-julung kalinya berkata benar untuk produknya. betul-betul teh krisantimum dia bagi kat kau! hahahahaha!

soo. inilah air awesome aku yang kedua!

p/s: korang kena pergi kedai dan beli air ni dan cuba on the spot. 2 air ni memang stylo!

Tuesday, October 12, 2010

Dialah Cahaya.

assalamualaikum...

nothing much to say...
just nak kongsi dengan korg semua..
my latest piece...
nak dengar boleh pg kat sebelah kanan tu..
kat sidebar tu...
tekan saja butang play tu...
dan..
enjoy..!

Saturday, October 2, 2010

Teamwork Or One Man Show.

assalamualaikum w.b.t.

soo far, aku masih waras dengan kerja-kerja yang berlambak. lagi seminggu aku nak final exam, tapi satu hapa pon aku tak study lagi. bagus! macam pelajar cemerlang kan? hahahaha.

aku hari ni nak cerita pasal attitude. selalunya lah, dalam bidang yang aku ceburi ni, iaitu kejuruteraan, benda yang palin penting sekali ialah kerjasama. ya! apa yang penting?! berkejasama! wonderpok sikit! hahahaha.

yes it is. sebab, kalo nak reka, design or invent something, we must work as a team so that each and everyone of us can contribute something or helping each other ass out. yelah, tak semua orang ada kreativiti yang sama dengan orang lain. so, kita gather semua idea and start to analyze. itu je.

aku bukan apa, aku terpikir pasal benda ni sebab tengok budak-budak course aku kat bengkel semalam. group ni buat kapal terbang untuk final project. so they have to analyze, do calculation and fabricate that thing as a prototype. susah nak buat kan? atleast kene ada dalam 10 ke 15 orang untuk siapkan semua benda-benda tu.

tapi diorang ni, aku tengok ada 5 orang je. diorang punya workshop depan workshop aku and da geng. yang aku peliknya, sekarang baru kitorang perasan yang diorang punya workshop kat depan kitorang punya workshop je. sebelum ni memang gelap jer workshop tu malam-malam.

i know them because diorang ni budak-budak course aku jugak. so aku pon pergi lah melawat bengkel diorang. aku tanya lah, kenapa diorang start lambat? dah lagi 2 minggu nak due date baru nak buat? pastu, diorang pon cakap lah, yang diorang ni di anak tirikan oleh geng-geng yang satu lagi. diorang cerita lah yang sebenarnya diorang telah disuruh untuk buat prototype sendiri oleh satu lagi group. group yang suruh diorang buat sendiri ni pon buat project yang sama jugak.

aku pon tak paham lah. so aku tanya lah lagi. kenapa group yang satu lagi tu taknak korang masuk geng diorang? ni jawapan yang aku dengar. group satu lagi tu cakap yang diorang ni tak pandai, tak reti buat calculation, tak reti nak analyse and all. so i've come to a conclusion yang diorang ni di anak tirikan sebab tak berapa pandailah.

aku agak marah dengan group yang satu lagi tu. suka-suka hati je dia cakap macam tu. ko ingat ko otai sangat ke? sebab diorang ni tak berapa nak pandai, korang buang diorang. aduh. panas betul hati aku. cehhhh.. tiba-tiba aku pulak yang panas hati. hahahahaha.

tapi serious lah wey. panas hati lah kan. kau hina orang dan jatuh kan air muka orang. tak baiklah macam tu. sepatutnya, ambil jerla group yang kurang pandai ni, and jadikan diorang foreman. kan boleh je macam tu. diorang nie aku akuilah kurang pandai jugak macam aku, tapi diorang ni jenis yang willing to dirty their hands to deliver something. diorang jenis yang sanggup pegang minyak-minyak, lukakan tangan, kotorkan tangan dan skill diorang dalam bidang fabricate adalah sangat-sangat otai.

kan bagus kalau diorang buat macam tu, kerja ramai-ramai. weyh, airbus ngan boeing pon reka satu kapal terbang pakai berpuluh-puluh orang engineers lah. c'mon lah wey. jangan lah macam nie

yang aku lagi tak pahamnya, group yang bajet pandai ni, buat seolah-olah final project ni satu competition. wah! yang kalau dier punya project tu gempak dapat hadiah percutian ke Los Angeles. bukan macam tulah bro. kalau project ko gempak, ko akan dapat A je. tu je yang ko dapat. tak lebih dari tu pon.

kesimpulannya, work as a team lah. tak perlu wujud pon one man show kat dalam engineering field ni. mengarut jer semua tu. kau bukan tuhan. sedangkan yang work as team pon gagal, ni kan ko yang kerja sorang-sorang. itu semua mengarut.

semua sebab nak dapat nama dan pujian. bisikan syaitan semua tu.

Tuesday, September 28, 2010

Help From Above

assalamualaikum w.b.t.

aku rasa baru je lagi kot result exam aku keluar. tup tup, aku dah nak final exam balik dah. lagi seminggu je lagi. woooooooo!!! mati aku!! banyak benda belum settle lagi. final project report, slide untuk presentation dia, assignment last minutes yang baru di bagi oleh lecturer, tests, etc etc.. wohooooo!! can u guys imagine how the hell can i manage to finish all those things in 1 week. absolutely this week will be a turbulent week I've ever had.

aku ingatkan aku sorang jer yang tak sedar akan benda ni, rupa-rupanya housemate aku yang lain pon tak sedar akn kedatangan final exam ini. hahahahahahaha. kelam-kabut terus diorang. boleh nampak perubahan ekspresi muka yang drastik dari rileks ke gelabah. sangat-sangat horror! hahahaha.

bila dah ada dalam situation macam ni kan, semua orang akan bertungkus-lumus siapkan kerja diorang. tak kiralah apa jadi sekalipon. bom jatuh kat sebelah ke. ada lembu tengah kunyah seluar kat dalam almari dia ke. pencuri masuk ke. lantaklah nak jadi apa pon. janji diorang siapkan kerja diorang.

tak cukup tido? takda hal lah benda-benda macam tu. enteng saja. tak tido 8 hari straight pon takpa. nanti lepas settle semua, boleh tido 8 minggu straight tak bangun-bangun.haaaa. tapi sebenarnya kita selalu lupa. kita selalu ingat yang dengan usaha kita tu lah, kerja-kerja kita semua beres. tapi kita tak pernah mintak dgn YG KAT ATAS tu. sedangkan kita semua tahu yang settlekan semua masalah tu sebenarnya ialah YG KAT ATS tu. tapi kita masih yakin yang kita sendiri yang berjaya selesaikan segala kesulitan. kalo YG KAT ATS tu tak izin kan masalah kau selesai, tak kan selesailah masalah kau tu. DIA yang menetapkan segalanya.

kita bertungkus-lumus bersengkang mata tak tido untuk siapkan kerja, sembahyang ntah kemana hala. tak mintak pon dekat YG KAT ATS supaya DIA permudahkan segala masalah kita. mana tau kalo kita minta, tiba-tiba memang dapat jalan mudah untuk settlekan masalah kita kan? tak mustahil betul?

tapi itulah realiti, aku lah orang yang selalu buat mcm ni. usaha lebih-lebih, tapi tak mintak tolong dari YG KAT ATS. bajet hero lah. boleh settle sendiri semua masalah. cheeeeittt! porrrahhh..! sekali result keluar macam hampeh, mula cari pihak-pihak yang tak ada kene mengena untuk dipersalahkan. haaaaa. tu standard lah kan.? hahahahaha.

pokok pangkalnya, semua pada kita. kalau kita percaya yang kita ada ALLAH. kita mintak lah pertolongan dari DIA. aku bukan nak menasihat mana-mana pihak. tak. aku nak nasihat diri aku jugak. aku sendri mengaku yang aku ni kadang-kadang jahat. bukan kadang-kadanglah, selalu jugaklah jahat tu. sampai aku rasa yang kalo syaitan ada bukak rekrut baru, aku apply mesti boleh dapat pangkat leftenan muda terus tanpa pergi latihan. haaaaa. smpai macam tu sekali kau!

tak salah nak bersuka-ria. nak bermain, bermuzik, menyanyi, merempit, tapi berpada-padalah kan. hubungan dengan YG KAT ATS tu jgn lah kita putuskan. nanti dia putuskan nyawa kita, haaaaaa. baru kau ada akal. hehehehehehehe. tapi selagi benda yang kita buat tu tak melalaikan. apa salahnya. kan? kan? kan?

Kita sibuk kejar dunia realiti, sedangkan dunia realiti itu ialah dunia akhirat.
itu sebenarnya yang kita lupa.

-ustaz wanpok-

Monday, August 23, 2010

Plus One

assalamualaikum..

nak mengeluh dulu. haihhhhh..!!
haaaaaaa..
recording terpaksa dilanjutkan tarikhnya lagi.
sangat-sangat sedih. takda rezeki kot. makanya, aku belanja semua duit yang aku peruntukan untuk recording. seminggu aku jadi orang kaya. hahahahahahaha.
tapi takpa la. lepas ni mungkin ada rezeki kot.

anyways, sepatutnya aku akan recording dengan my band untuk 3 buah lagu sahaja. tapi, since dah ditunda. aku pon nak masukkan lagi satu lagu baru. baru ada melody sahaja. lirik nya tiada. tapi aku akan buat lah liriknya nanti.

aku ingin bertanyakan pendapat korang pasal lagu aku yang baru ni.
korang rase aku patut buat pasal apa? pasal kawan-kawan ke? lagu merdeka ke? lagu satu Malaysia ke? okay, background (boleh pakai ke term ni?) lagu tu macam ni. rancak, tak berapa nak laju, happy, genre pop rock mcm faizal tahir. ha! cukup tak description aku bagi tu? hahahahahahhaa!

selamat memberi pendapat.
walaupon satu komen sahaja yang aku dapat, aku akan guna pakai pendapat itu. tapi kalau banyak, aku terpaksa pilihlah. okay?! hahahahhaa...

take care now, bye bye then!
selamat menjalani ibadah berpuasa!

Wednesday, August 18, 2010

Entry Clean-up!

assalamualaikum...

sebelum aku teruskan bercerita tentang apa yang kene mengene dengan tajuk diatas. aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua bloggers yang beragama islam. semoga di bulan yang baik ni, ibadah kite dilipat kali gandakan. insyaallah.

ehem..! ehem..!
testing jari manaip. naik taip bunyi keyboard tak tau mcm mane bunyi dia. so aku just amik bunyi orang ber"dehem".

semalam aku cuba untuk kemaskan blog. ubah-ubah sikit apa yang patut. then, tergerak plak hati nak tengok entry-entry lama kan. tangan gatal. skali sampai kat satu part tu, zaman-zaman aku tengah putus cinta. adoilah! bila aku baca balik, aku rasa mcm loser je ayat-ayat yang aku post dalam entry-entry lama tu.

terserlah dengan jitunya ketidak matangan aku. tergelak-gelak aku baca entry-entry tu. rasa macam tak percaya yang tu adalah aku. hahahahahaha. terbaiklah.!
maka, dengan selambanya aku telah mendelete entry-entry loser aku itu. haaaaaaa.!

ini menjelaskan, kita berubah tanpa kita sedari. kadang-kadang, kita buat benda yang memang tak masuk akal langsung. tapi takpe. selagi nama itu manusia, kita tak boleh lari dari membuat silap kerana dari silap itulah kita belajar erti kehidupan.


disini, aku ingin meminta maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan tulisan-tulisan aku sebelum ini, yang tak puas hati sebab aku gemuk tapi hensem, yang sakit telinga dengar aku nyanyi ke, yang tak puas hati sebab aku tak reply komen ke, yg berlobang hati sebab tau aku slelalu baca blog korang tapi tak komen ke, dan lain-lain lagilah yang sama waktu dengannya.

yang baik itu semuanya datang dari Yang Esa,
yang buruk semuanya datang dari saya,
maafkan saya okey!
selamat berpuasa!

p/s: gambar ini tidak ada kene mengena dengan mintak maaf. tak tahu nak letak gambar apa.hahahahahahaha.

Saturday, August 14, 2010

Cerita Lama

ni cerita 4 bulan yang lepas...
korek balik..
nak cerita kat blogger yang lain...

keji sungguh..
ya.. aku tahu aku keji...
cerita dah basi pon nak kasi tahu orang lain jgk...
hahahahahahha...

4 bulan lepas aku dan ahli kugiran aku yang lain telah bergabung dengan satu lagi band untuk bermain di Euphonious 2010 yang berlangsung di UTP,Tronoh.
actually it's a competition. and yup..! kitorg kalah. semua gara-gara terlalu bereksperimentasi dengan muzik. tp takpe lah. kita timba pengalaman dari situ.
mana ada org terus naik mendadak. (ayat coverline)







this week my band will do some recording...
sebab kami dpt info yang Seven Collar T-shirt tengah mancari band penggiring untuk tour malaysia mereka. dan meraka mahukan demo atau produk dari kami.
jadi kami ingin mencuba nasib.

please pray for us.

p/s: lagu bicara cinta arianna juga akan direkodkan. ehemmm.. siapa yang nak boleh lah runding harga dengan cik arianna kita k! hehehehehe...

Sunday, June 13, 2010

Preview Pulau Lang Tengah

okey.
aku nak cerita pasal trip aku pegi pulau aritu. pulau yang aku pergi ni nam dia Pulau Lang Tengah. terletak di tengah-tengah di antara Pulau Perhentian di sebelah atas, dan Pulau Redang di sebelah bawah. Sebab ni la kot nama pulau ni Pulau Lang Tengah. Sebab letak kat tengah-tengah.

pulau ni aku bagi 6 daripada 7 bintang. sebab ia menepati citarasa percutian yang aku nak. pulau ni agak aman dan sunyi. tak ramai orang. aku sangat suka. Kalau korg jenis yang suka orang ramai-ramai, korang boleh pergi ke pulau perhentian. dekat situ memang ramai orang dan aktiviti malam nya sangat-sangat hidup. pulau yang aku pergi ni bukan malam nya tidak hidup, tapi sebab orang yang tidak ramai, ianya nampak seakan-akan mati. tapi kalo korg ddk kat pulau tu korg tau la. macam-macam korang boleh buat. memang terbaek pulau ni.

korang tak akan merasa bosan ketika berada di pulau tu. mmg diorg dah siap kan jadual untuk korg. tapi jadual ni hanya untuk siapa-siapa yang pergi under pakej la. ha. kalo yg walk-in aku tak tahu. tp aku rase, same jer kot. tak pon susah-susah sangat, kalo korang nak pergi pulau ni, korang ambik jer pakej. senang! hahahahaha.!!

mcm mana nak pergi pulau ini? okay..!
caranya adalah dengan anda boler drive kereta anda sendiri ke terengganu dan pergi menghala ke Merang, kerana jeti untuk ke Pulau Lang Tengah ni terletak kat Merang. jangan pergi ke Kuala Besut pulak, sebab Kuala Besut untuk orang yang nak pergi ke Pulau Perhentian. Pulau memang sebelah menyebelah je, tapi jeti lain-lain. hahahaha. kalau korang nak save bajet dan pergi secara backpackers seperti kami, anda bolehlah membeli tiket bas di Hentian Bas Putra dekat PWTC sane nun. sebab memang semua bas yang menghala ke pantai timur port kat sana. haraga tiket adalah tidak sama. ikut pada syarikat bas. bukan mkasud saya harga berubah-ubah, tak. cuma harga lain-lain mengikut syarikat. kalo yang charge mahal tu, maksud nya bas mereka lebih selesa. harga ticket bas yang kami naik adalah RM40 iaitu Mahligai Ekspres. kalo nak selesa, korang boleh naik Sani Ekspres. harag tiket dlm rm 48.

apa yang ada dalam pakej? okay.! aku pergi dengan menggunakan student package. murah sikit. murah dalam RM30 lebih kurang la.

pakej pelajar: Rm270++
pakej biasa: Rm310++

apa yang include dlm pakej? ini dia:-

-sarapan pagi (2 kali)
-makan tenghari (2 kali)
-minum petang (2 kali)
-makan malam (2 kali) (ada BBQ pada salah satu malam)
-boat dari jetty ke pulau (pergi dan balik)
-boat trip for snorkeling
-karoke (8 p.m. ~ 12.00 a.m.)
-indoor games (cards, carrom, etc..)

mmg best la.. korg layan jer gambar kat bawah tu nanti. tgk bertapa seronok nyer kami di sana. hahahaha..






















Abdullah Raffie Si Budak Praktikal (Episode Dua)

**sambung

si budak dollah piee ni dah mule buat aku naik hangin.. bukan sebab aku nak marah tak tentu pasal, tetapi sebab dia tak nak dengar apa yang aku bagi tahu kat dia. dia akan tetap akan buat-buat pandai dan menyombongkan diri. sudahlah dia tersilap masukan kan minyak gear tu tapi tak buang yang lama. adoi. smbung lagi dialog:-

aku: xperla.. ko buang balik semua... ko pg amik yg baru.. kite isi yg baru.. xper.. aku bayar...
dollah piee: owh.! boleh..?! ha.. xperla.. pg lah ambil minyak gear satu lagi... (sambil menyuruh aku)
aku: *terdiam* dlm hati (eh, eh, bdk ni.. aku sagat muka ko kat jalan kang aper pon tak dapat)

tp aku pg jgk la ambik.. sabar tu masih ada lagi.. lepas dah setel tukar minyak gear aku sruh dia servis bende lain plak.. tapi dier buat tak tahu jer.. ah fat dah mula geleng kepala tgk si dollah piee nie.. dah 2 jam lebih aku kat bengkel tu.. tp baru satu bnde jer yg siap.. padahal bnde tu tak smpai 10 minit pon kalo pro yg buat..

ah fat: wey..! (sambil pandang ke dollah piee) you kasi siap la itu motor cpt..! itu owner sudah mau makan sama you.!!!
dollah piee: aiyyaaa..!!! pelahan-pelahan maaaa.. maner boleh laju2 pnya... (ayat cover line tak tau nak buat motor aku)
aku: bro..! mcm nie la... aku buat motor aku nie... ko tgk dan belajar... okey..?!

lepas tu terus muka dier berubah... dan tgn aku terus kotor2 kene minyak... last2 semua benda aku buat... smpai siap... dier tgk jer.. senyap.. tak berkata walaupon sepatah... aku tak marah kalo dia tak reti nak buat motor aku.. tapi biler aku bagi tahu ape yang nak kene buat dia tak nak percaya.. pertikaikan apa yang aku tahu.. aku hantar bengkel tu sbb aku malas nak kotorkan tgn aku.. sebab tu aku hantar bengkel.. last-last aku jgk yg kene setel kan.. jadi.. aku tak perlu bayar upah foreman... sbb aku sendiri yang jadi foreman... haaa....

aku bkn apa.. daripada pemerhatian aku.. si dollah piee nie.. dia pandang rendah dekat aku.. dia sanggup tanya bangsa lain untuk dapatkan ilmu, sedangkan bangsa sendiri nak bagi ilmu dia tolak.. aku bukan nak jadi racist or main sentimen perkauman.. bukan.. tp aku percaya yang bangsa lain tidak akan mengajar kaum lain secara total.. iaitu 100%.. dia akan ajar, tetapi hanya 60-70% sahaja.. aku sudi untuk ajar si dollah piee ni 100% sebab dia satu bangsa dengan aku.. tapi dia tolak.. apa yang aku tulis ni.. aku ckp sebijik-sebijik dekat dia sebelum aku balik dari bengkel tu.. tp aku tetap dukacita sebab dia memaki hamun aku balik.. aku anggap yang memaki aku itu bukanlah seorang yang "MELAYU", tetapi mat rempit atau samseng jalanan yang masih mencari hala tuju dalam hidup..


"aku sebagai seorang melayu, gagal dan melihat kegagalan."

Saturday, June 12, 2010

Abdullah Raffie Si Budak Praktikal (Episode Satu)

lepas sembahyang jumaat tadi, dalam pukul 3 p.m. aku pergi ke bengkel motor berdekatan rumah. untuk apa lagikan? mestilah nak pergi repair motor, tak kan nak pergi beli judi World Cup plak kan? adoi. aku dengan gagahnya, menolak motor aku yang berat tu sejauh 500 meter sebab memang tak boleh start langsung. 5 bulan kau, terbiar macam tu saja. memang susahlah nak start. berpeloh-peloh aku menolak motor tu. sampai je kat bengkel tu aku dah selesa sikit sebab bengkel dia besar dan ada kipas lagi. aku sampai-sampai je tokey bengkel tu sambut aku dengan lemparan senyuman yang amat lebar sehingga hujung mulutnya boleh cecah ke pangkal telinga. mana tak nya, dia nampak aku menolak motor yang besar, dia mesti tahu yang motor aku itu mengalami kerosakkan yang agak serius. kerosakkan yang agak serius bermakna? aku akan melaburkan wang yang sangat banyak kat dia. itu pasal la dia senyum lebar sambut kedatangan aku.

tokey bengkel tu sangat kenal dengan aku, sebab aku pernah godek-godek motor aku bersama-sama beliau dulu-dulu dan dia tahu yang aku agak arif dengan hal-hal motor ni. nak kata expert tu tak aderla. tp masih belaja. ha. so dia akan terus suruh aku ambil barang apa yang rosak untuk digantikan. so, aku pon ambil lah spare-part yang aku nak tukar. aku letak kan dekat motor aku supaya pekerja-pekerja dia boleh pasangkan. tokey tu pon senyum tengok aku dan terus menepuk bahu salah seorang daripada pekerja dia untuk gantikan spare-part yang aku ambil tadi. seorang budak muda yang aku rasa umurnya lagi muda dari aku. budak tadi aku bagi nama dia abdullah raffie, sebab aku rasa dengan gaya mat rempit dia dan muka dia yang bajet cool serta serba tahu itu amat kene dengan nama abdullah raffie. kita panggil dia dollah piee jer k.

si dollah piee ni pon datanglah dekat motor aku, dia tengok barang-barang yang aku ambil dan terus mencapai alat-alat pertukangan beliau. lepas tu, beliau seperti terkial-kial tak tahu nak buat apa. aku pon membiarkan sahajalah si dollah piee tu. dalam fikiran aku mesti dia tengah merancang atau merancang strategi untuk proses baik pulih motor aku tadi sebab dahi dia berkerut-kerut aku tengok. 10 minit kemudian dia masih berkerut dahi sambil mundar-mandir sekitar kawasan bengkel tu seakan-akan mencari jarum mas yang hilang. aku perhatikan saja tingkah laku beliau.

aku mula merapatkan diri aku ke motor aku. maka berdialoglah aku dengan si dollah piee ni. berikut adalah dialog antara aku dan dollah piee:-


aku: bro.. kenapa ni?
dollah piee: mane tempat kluar minyak hitam dia ni bang?
aku: tu ha. (sambil tunjuk tempat kluar minyak hitam)
dollah piee: ini ke.? mcm bukan je? ah fat.! ini ke tempat kluar minyak hitam? (ah fat ialah senior foreman bengkel tu)
ah fat: bukan lah! yang tadi tu! itu owner motor sudah tunjuk sama you.!

**aku biarkan lagi walaupon hati ada sedikit geram.

aku: minyak gear tukar skali tau bro.
dollah piee: minyak gear?! haa.. okey2..! (sambil terkial-kial mencari tempat isi minyak gear)
aku: ni ha tempat minyak gear.. (sambil tunjuk kan lubang untuk dimasukkan minyak gear td)
dollah piee: (senyap dan terus bukak skru yang menutup lubang inlet minyak gear tu dan dengan pantas dia terus isi minyak gear dekat motor aku)
aku: eh bro.!!! yang lama ada kat dalam lagi!! kenapa tak kasi kluar yang lame punye dulu?!!
dollah piee: eh?! iyeke..? kene buang yang lama dulu ke? mane ek lubang nak bagi kluar minyak gear nie pulak?

**aku hampir hilang sabar dengan mamat dollah piee ni.

bersambung pada entry yang berikutnya, sebab aku dah ngantuk.ni sumer world cup punya pasal. adoilah.

Wednesday, June 9, 2010

Malas dan Mood Tiada

baru2 ni aku dpt offer utk main kat gig... aderla dlm 2,3 offer aku dpt...
tapi... semuanya aku tolak... haaaa.. ambik ko... bajet rockstar wanpok ni... bukan aku sengaja tolak... aku malas sebenarnya... masih penat akibat semester lepas yang begitu menyeksakan... dan sekarang aku nak berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk diri sendiri.. haaa.. kan masing-masing perlukan masa untuk diri sendiri kan..? pergi bercuti... buat apa yang kita nak buat... bla.. bla.. etc..

lagi satu sbb aku tolak... gig diorg jauh2 kot... tu ha kat JB sane tu ha... lagi satu kat kedah.. adoi semak... tp aku tak bagi tau pon kat band mate aku psl offer nie... aku senyap jer... eugene! kalo ko bc nie.. ko jgn mrh tau... nnt aku blnje ko makan kat castle.. hahahaha... band mates aku yg lain pon turut sama busy jgk... diorang pon nak rehat... haaaa.. so pendek kata, semua tgh malas dan tak bersemangat... jgn la kata kitorg ni tak bersungguh-sungguh... bukan.. tak baik ckp mcm tu.. haaa... fitnah nama nya... kitorg nak time-out jap... july ni maybe kitorg kembali..! ha.!

july ni jgk kitorg plan nak masuk recording... kenapa tak skang je..? tgh cuti ni kan..? haaa... ini adalah kerana.. wanpok dah xder duit... abis semua duit-duit aku taburkan kat percutian aku haritu.. sialan punya pulau... ko igauan.. eh..?! mcm tu ke eja dia..? ke igawwan..? arghhhh..!! mane2 jerla...

skang ni aku tgh meng"compose" beberapa lagu dan melody... dan pass pada krystle utk dia buat lirik... tgk lah mcm mane hasil nyer... sblum nie lagu dan lirik semua aku buat.. kali ini perempuan plak yg tulis lirik... aku bajet sedih abis.. sbb pompuan kan...? btol tak.. mereka lebih pndai menyusun kata-kata.. confirm tangkap leleh gitu.. hahahahaa...

akhir kata... aku skang nak laid back and relax... haa... psl percutian aku kat pulau haritu.. nnt aku update pada entry yang seterusnya.. pulau itu terbaek..!!! aku bg 80 juta bintang out of 8 bintang..!! hahahahahha..!!!!

chow!

Sunday, May 30, 2010

Vacation is my Vaccination!

tomorrow I'll be heading to an island in Terengganu...
wish to get some quality time on my own...
wish to get some relaxation...
i miss my tranquility that I've never felt for a long-long time...



and I'll bring along my guitar also...
and hope that i can write some masterpiece of sumting...

wishes and hopes...
that are all left inside my mind...
that is why i need this vacation very badly...

~sigh..

Tuesday, May 25, 2010

Oit..! Mane..?

hari: jumaat lepas
lokasi: masjid berdekatan rumah
masa: around 1:15 p.m.

aku jln kaki nak pg masjid...
lg 30 meter nak smpai gate masjid, skali ader sorg bdk naik moto lalu sblah aku dgn muka bangga yg br dpt bwk moto...
kebetulan ader kwn dia tgh parking motor kat tepi jln...
dgn selamber nyer dia tegur kwn dia...
berikut adalah ape yg aku dgr...

BDK BWK MOTOR: Oitttt..?!!! Mane..?!! (mksud dia: oit..! nak pg maner.?)

BDK TGH PARKING MOTOR: Haaaaaa...?!

BDK BWK MOTOR: nak pg maner...?! sembahyang jumaat ke...?!

BDK TGH PARKING MOTOR: ha..! pg sembahyang jumaat la... ko..?

BDK TGH BWK MOTOR: aku pon nak pg sembayang la nie..!!

BDK TGH PARKING MOTOR: woooooiiiii...!!! dpn kau..!!!

prakkkkkkkkkkkk...!!!!

bdk tadi telah melanggar satu orang tok haji kat depan dia...
haih...

inappropriate kindness at inappropriate time, along with a stupid yet inappropriate question will lead you to a disaster. seriously. trust me...

p/s: this blog is a lil' bit lionel messi rite now. i'm sorry, the page you requested is undergoing changes at this time. this page will be in good shape as soon as i complete my work. Thank you for your patience.

Tuesday, February 9, 2010

Say Hello! To Velcro! And Cats Do Cry!

hello kids!

hello world!

perghhhh..!!
lame nyer x update blog...
sekira nyer aku update nie maksudnyer aku sedang berada dalam kelapangan masa yg amat sgt..
even jam telah menunjukkan pukul 4:20 a.m.
chantek.!!!

okey...
terus...
lately aku sgt2 bz...
bz with my social life, classes, and music...
i've 3 commitments on the same time...
but i no which one is my first priority...
sgt2 penat...
mate lebam...
sehinggakan aku kene infeksi pada kelopak mate sebelah kanan...
haihhhh...

anyways..!
aku ingin memberituahu sesuatu to all my fellow blogges yg still sudi bace blog aku.. walaupon korg silent reader skali pon..
am really2 appreciate it so much...
aku ingin memberi tahu bahawa aku akan beraksi dgn band baru aku iaitu Velcro!
Cats Do Cry still ader...
Velcro ni sajer jer...

actually Velcro is my bandmate's band...
haaa...
paham x..?
xpaham...? hahahahahahahha...
sice dier pnyer lineup dah nak berpecah...
ader yg pg kerja kat selatan tanah air..
ader yg dah kawin n move to UK...
ader yg dah ader komitmen dgn band sndri...
so... ats name setia kawan...
aku pon dgn rela hati menolong beliau...
kenapa jadi mcm nie..?
bnde2 nie semua adalah satu perkara yg normal bg kami yg baru nak bertapak...
owh..! lupe... dlm Velcro aku sbg bassist sahaja...
tidak menyumbang kan khidmat dlm paduan suara...
tp aku akn menyumbangkan beberapa lagu utk Velcro...

kalo korg nak dgr lagu2 Velcro...
korg bleh pg kat myspace Velcro dgn meng"klik" link dibawah ini...

Velcro! Velcro! Velcro!

kalo korg nak tgk Velcro beraksi secara live...
hadirkan diri anda di LEPAQ Cafe jumaat ini...

see ya there!!!

sekian sahaja dari saya...
-wanpok-

Saturday, January 23, 2010

Penat Menyanyi

sudah lame x hapdet bak kate atiah helmy....
haih..
sesungguhnyer...
gig aku dah abis...
fuh...
gig pembukaan tahun baru yg agak kurang memuaskan hati aku..
tp xperla...
lantak la...

nah...!
lyan la beberape keping gmbar mase aku melalak haritu..
byk lagi.. tp lmbat nak upload..
video pon ader...
tp ssah nak upload kat sini...
kalo korg nak usha..
tgk kat facebook aku...
kat sane ader byk...
add jer aku dgn klik facebook aku di sebelah ini...
thanks!



Monday, January 11, 2010

Live @ LEPAQ CAFE



dtg la beramai-ramai...
sy hargai sokongan padu anda...