okey.
aku nak cerita pasal trip aku pegi pulau aritu. pulau yang aku pergi ni nam dia Pulau Lang Tengah. terletak di tengah-tengah di antara Pulau Perhentian di sebelah atas, dan Pulau Redang di sebelah bawah. Sebab ni la kot nama pulau ni Pulau Lang Tengah. Sebab letak kat tengah-tengah.
pulau ni aku bagi 6 daripada 7 bintang. sebab ia menepati citarasa percutian yang aku nak. pulau ni agak aman dan sunyi. tak ramai orang. aku sangat suka. Kalau korg jenis yang suka orang ramai-ramai, korang boleh pergi ke pulau perhentian. dekat situ memang ramai orang dan aktiviti malam nya sangat-sangat hidup. pulau yang aku pergi ni bukan malam nya tidak hidup, tapi sebab orang yang tidak ramai, ianya nampak seakan-akan mati. tapi kalo korg ddk kat pulau tu korg tau la. macam-macam korang boleh buat. memang terbaek pulau ni.
korang tak akan merasa bosan ketika berada di pulau tu. mmg diorg dah siap kan jadual untuk korg. tapi jadual ni hanya untuk siapa-siapa yang pergi under pakej la. ha. kalo yg walk-in aku tak tahu. tp aku rase, same jer kot. tak pon susah-susah sangat, kalo korang nak pergi pulau ni, korang ambik jer pakej. senang! hahahahaha.!!
mcm mana nak pergi pulau ini? okay..!
caranya adalah dengan anda boler drive kereta anda sendiri ke terengganu dan pergi menghala ke Merang, kerana jeti untuk ke Pulau Lang Tengah ni terletak kat Merang. jangan pergi ke Kuala Besut pulak, sebab Kuala Besut untuk orang yang nak pergi ke Pulau Perhentian. Pulau memang sebelah menyebelah je, tapi jeti lain-lain. hahahaha. kalau korang nak save bajet dan pergi secara backpackers seperti kami, anda bolehlah membeli tiket bas di Hentian Bas Putra dekat PWTC sane nun. sebab memang semua bas yang menghala ke pantai timur port kat sana. haraga tiket adalah tidak sama. ikut pada syarikat bas. bukan mkasud saya harga berubah-ubah, tak. cuma harga lain-lain mengikut syarikat. kalo yang charge mahal tu, maksud nya bas mereka lebih selesa. harga ticket bas yang kami naik adalah RM40 iaitu Mahligai Ekspres. kalo nak selesa, korang boleh naik Sani Ekspres. harag tiket dlm rm 48.
apa yang ada dalam pakej? okay.! aku pergi dengan menggunakan student package. murah sikit. murah dalam RM30 lebih kurang la.
pakej pelajar: Rm270++
pakej biasa: Rm310++
apa yang include dlm pakej? ini dia:-
-sarapan pagi (2 kali)
-makan tenghari (2 kali)
-minum petang (2 kali)
-makan malam (2 kali) (ada BBQ pada salah satu malam)
-boat dari jetty ke pulau (pergi dan balik)
-boat trip for snorkeling
-karoke (8 p.m. ~ 12.00 a.m.)
-indoor games (cards, carrom, etc..)
mmg best la.. korg layan jer gambar kat bawah tu nanti. tgk bertapa seronok nyer kami di sana. hahahaha..
5 comments:
salam perkenalan... Nice n3.. nice blog.. moh le jengah blog aq..
salam perkenalan..
mwahahahaha
weh, korg tido kat mane?
byk lah ko pnye salam perkenalan...!!
hahahahaha...
tido kat pulau tu lah...
Boleh tak bg link dpt mana pakerj tuuu :D
haah . nak link . mane awak dapat pakej ke pulau lang tengah tu ea ? thanks. :)
Post a Comment