lepas sembahyang jumaat tadi, dalam pukul 3 p.m. aku pergi ke bengkel motor berdekatan rumah. untuk apa lagikan? mestilah nak pergi repair motor, tak kan nak pergi beli judi World Cup plak kan? adoi. aku dengan gagahnya, menolak motor aku yang berat tu sejauh 500 meter sebab memang tak boleh start langsung. 5 bulan kau, terbiar macam tu saja. memang susahlah nak start. berpeloh-peloh aku menolak motor tu. sampai je kat bengkel tu aku dah selesa sikit sebab bengkel dia besar dan ada kipas lagi. aku sampai-sampai je tokey bengkel tu sambut aku dengan lemparan senyuman yang amat lebar sehingga hujung mulutnya boleh cecah ke pangkal telinga. mana tak nya, dia nampak aku menolak motor yang besar, dia mesti tahu yang motor aku itu mengalami kerosakkan yang agak serius. kerosakkan yang agak serius bermakna? aku akan melaburkan wang yang sangat banyak kat dia. itu pasal la dia senyum lebar sambut kedatangan aku.
tokey bengkel tu sangat kenal dengan aku, sebab aku pernah godek-godek motor aku bersama-sama beliau dulu-dulu dan dia tahu yang aku agak arif dengan hal-hal motor ni. nak kata expert tu tak aderla. tp masih belaja. ha. so dia akan terus suruh aku ambil barang apa yang rosak untuk digantikan. so, aku pon ambil lah spare-part yang aku nak tukar. aku letak kan dekat motor aku supaya pekerja-pekerja dia boleh pasangkan. tokey tu pon senyum tengok aku dan terus menepuk bahu salah seorang daripada pekerja dia untuk gantikan spare-part yang aku ambil tadi. seorang budak muda yang aku rasa umurnya lagi muda dari aku. budak tadi aku bagi nama dia abdullah raffie, sebab aku rasa dengan gaya mat rempit dia dan muka dia yang bajet cool serta serba tahu itu amat kene dengan nama abdullah raffie. kita panggil dia dollah piee jer k.
si dollah piee ni pon datanglah dekat motor aku, dia tengok barang-barang yang aku ambil dan terus mencapai alat-alat pertukangan beliau. lepas tu, beliau seperti terkial-kial tak tahu nak buat apa. aku pon membiarkan sahajalah si dollah piee tu. dalam fikiran aku mesti dia tengah merancang atau merancang strategi untuk proses baik pulih motor aku tadi sebab dahi dia berkerut-kerut aku tengok. 10 minit kemudian dia masih berkerut dahi sambil mundar-mandir sekitar kawasan bengkel tu seakan-akan mencari jarum mas yang hilang. aku perhatikan saja tingkah laku beliau.
aku mula merapatkan diri aku ke motor aku. maka berdialoglah aku dengan si dollah piee ni. berikut adalah dialog antara aku dan dollah piee:-
aku: bro.. kenapa ni?
dollah piee: mane tempat kluar minyak hitam dia ni bang?
aku: tu ha. (sambil tunjuk tempat kluar minyak hitam)
dollah piee: ini ke.? mcm bukan je? ah fat.! ini ke tempat kluar minyak hitam? (ah fat ialah senior foreman bengkel tu)
ah fat: bukan lah! yang tadi tu! itu owner motor sudah tunjuk sama you.!
**aku biarkan lagi walaupon hati ada sedikit geram.
aku: minyak gear tukar skali tau bro.
dollah piee: minyak gear?! haa.. okey2..! (sambil terkial-kial mencari tempat isi minyak gear)
aku: ni ha tempat minyak gear.. (sambil tunjuk kan lubang untuk dimasukkan minyak gear td)
dollah piee: (senyap dan terus bukak skru yang menutup lubang inlet minyak gear tu dan dengan pantas dia terus isi minyak gear dekat motor aku)
aku: eh bro.!!! yang lama ada kat dalam lagi!! kenapa tak kasi kluar yang lame punye dulu?!!
dollah piee: eh?! iyeke..? kene buang yang lama dulu ke? mane ek lubang nak bagi kluar minyak gear nie pulak?
**aku hampir hilang sabar dengan mamat dollah piee ni.
bersambung pada entry yang berikutnya, sebab aku dah ngantuk.ni sumer world cup punya pasal. adoilah.
No comments:
Post a Comment