Sunday, June 13, 2010

Preview Pulau Lang Tengah

okey.
aku nak cerita pasal trip aku pegi pulau aritu. pulau yang aku pergi ni nam dia Pulau Lang Tengah. terletak di tengah-tengah di antara Pulau Perhentian di sebelah atas, dan Pulau Redang di sebelah bawah. Sebab ni la kot nama pulau ni Pulau Lang Tengah. Sebab letak kat tengah-tengah.

pulau ni aku bagi 6 daripada 7 bintang. sebab ia menepati citarasa percutian yang aku nak. pulau ni agak aman dan sunyi. tak ramai orang. aku sangat suka. Kalau korg jenis yang suka orang ramai-ramai, korang boleh pergi ke pulau perhentian. dekat situ memang ramai orang dan aktiviti malam nya sangat-sangat hidup. pulau yang aku pergi ni bukan malam nya tidak hidup, tapi sebab orang yang tidak ramai, ianya nampak seakan-akan mati. tapi kalo korg ddk kat pulau tu korg tau la. macam-macam korang boleh buat. memang terbaek pulau ni.

korang tak akan merasa bosan ketika berada di pulau tu. mmg diorg dah siap kan jadual untuk korg. tapi jadual ni hanya untuk siapa-siapa yang pergi under pakej la. ha. kalo yg walk-in aku tak tahu. tp aku rase, same jer kot. tak pon susah-susah sangat, kalo korang nak pergi pulau ni, korang ambik jer pakej. senang! hahahahaha.!!

mcm mana nak pergi pulau ini? okay..!
caranya adalah dengan anda boler drive kereta anda sendiri ke terengganu dan pergi menghala ke Merang, kerana jeti untuk ke Pulau Lang Tengah ni terletak kat Merang. jangan pergi ke Kuala Besut pulak, sebab Kuala Besut untuk orang yang nak pergi ke Pulau Perhentian. Pulau memang sebelah menyebelah je, tapi jeti lain-lain. hahahaha. kalau korang nak save bajet dan pergi secara backpackers seperti kami, anda bolehlah membeli tiket bas di Hentian Bas Putra dekat PWTC sane nun. sebab memang semua bas yang menghala ke pantai timur port kat sana. haraga tiket adalah tidak sama. ikut pada syarikat bas. bukan mkasud saya harga berubah-ubah, tak. cuma harga lain-lain mengikut syarikat. kalo yang charge mahal tu, maksud nya bas mereka lebih selesa. harga ticket bas yang kami naik adalah RM40 iaitu Mahligai Ekspres. kalo nak selesa, korang boleh naik Sani Ekspres. harag tiket dlm rm 48.

apa yang ada dalam pakej? okay.! aku pergi dengan menggunakan student package. murah sikit. murah dalam RM30 lebih kurang la.

pakej pelajar: Rm270++
pakej biasa: Rm310++

apa yang include dlm pakej? ini dia:-

-sarapan pagi (2 kali)
-makan tenghari (2 kali)
-minum petang (2 kali)
-makan malam (2 kali) (ada BBQ pada salah satu malam)
-boat dari jetty ke pulau (pergi dan balik)
-boat trip for snorkeling
-karoke (8 p.m. ~ 12.00 a.m.)
-indoor games (cards, carrom, etc..)

mmg best la.. korg layan jer gambar kat bawah tu nanti. tgk bertapa seronok nyer kami di sana. hahahaha..






















Abdullah Raffie Si Budak Praktikal (Episode Dua)

**sambung

si budak dollah piee ni dah mule buat aku naik hangin.. bukan sebab aku nak marah tak tentu pasal, tetapi sebab dia tak nak dengar apa yang aku bagi tahu kat dia. dia akan tetap akan buat-buat pandai dan menyombongkan diri. sudahlah dia tersilap masukan kan minyak gear tu tapi tak buang yang lama. adoi. smbung lagi dialog:-

aku: xperla.. ko buang balik semua... ko pg amik yg baru.. kite isi yg baru.. xper.. aku bayar...
dollah piee: owh.! boleh..?! ha.. xperla.. pg lah ambil minyak gear satu lagi... (sambil menyuruh aku)
aku: *terdiam* dlm hati (eh, eh, bdk ni.. aku sagat muka ko kat jalan kang aper pon tak dapat)

tp aku pg jgk la ambik.. sabar tu masih ada lagi.. lepas dah setel tukar minyak gear aku sruh dia servis bende lain plak.. tapi dier buat tak tahu jer.. ah fat dah mula geleng kepala tgk si dollah piee nie.. dah 2 jam lebih aku kat bengkel tu.. tp baru satu bnde jer yg siap.. padahal bnde tu tak smpai 10 minit pon kalo pro yg buat..

ah fat: wey..! (sambil pandang ke dollah piee) you kasi siap la itu motor cpt..! itu owner sudah mau makan sama you.!!!
dollah piee: aiyyaaa..!!! pelahan-pelahan maaaa.. maner boleh laju2 pnya... (ayat cover line tak tau nak buat motor aku)
aku: bro..! mcm nie la... aku buat motor aku nie... ko tgk dan belajar... okey..?!

lepas tu terus muka dier berubah... dan tgn aku terus kotor2 kene minyak... last2 semua benda aku buat... smpai siap... dier tgk jer.. senyap.. tak berkata walaupon sepatah... aku tak marah kalo dia tak reti nak buat motor aku.. tapi biler aku bagi tahu ape yang nak kene buat dia tak nak percaya.. pertikaikan apa yang aku tahu.. aku hantar bengkel tu sbb aku malas nak kotorkan tgn aku.. sebab tu aku hantar bengkel.. last-last aku jgk yg kene setel kan.. jadi.. aku tak perlu bayar upah foreman... sbb aku sendiri yang jadi foreman... haaa....

aku bkn apa.. daripada pemerhatian aku.. si dollah piee nie.. dia pandang rendah dekat aku.. dia sanggup tanya bangsa lain untuk dapatkan ilmu, sedangkan bangsa sendiri nak bagi ilmu dia tolak.. aku bukan nak jadi racist or main sentimen perkauman.. bukan.. tp aku percaya yang bangsa lain tidak akan mengajar kaum lain secara total.. iaitu 100%.. dia akan ajar, tetapi hanya 60-70% sahaja.. aku sudi untuk ajar si dollah piee ni 100% sebab dia satu bangsa dengan aku.. tapi dia tolak.. apa yang aku tulis ni.. aku ckp sebijik-sebijik dekat dia sebelum aku balik dari bengkel tu.. tp aku tetap dukacita sebab dia memaki hamun aku balik.. aku anggap yang memaki aku itu bukanlah seorang yang "MELAYU", tetapi mat rempit atau samseng jalanan yang masih mencari hala tuju dalam hidup..


"aku sebagai seorang melayu, gagal dan melihat kegagalan."

Saturday, June 12, 2010

Abdullah Raffie Si Budak Praktikal (Episode Satu)

lepas sembahyang jumaat tadi, dalam pukul 3 p.m. aku pergi ke bengkel motor berdekatan rumah. untuk apa lagikan? mestilah nak pergi repair motor, tak kan nak pergi beli judi World Cup plak kan? adoi. aku dengan gagahnya, menolak motor aku yang berat tu sejauh 500 meter sebab memang tak boleh start langsung. 5 bulan kau, terbiar macam tu saja. memang susahlah nak start. berpeloh-peloh aku menolak motor tu. sampai je kat bengkel tu aku dah selesa sikit sebab bengkel dia besar dan ada kipas lagi. aku sampai-sampai je tokey bengkel tu sambut aku dengan lemparan senyuman yang amat lebar sehingga hujung mulutnya boleh cecah ke pangkal telinga. mana tak nya, dia nampak aku menolak motor yang besar, dia mesti tahu yang motor aku itu mengalami kerosakkan yang agak serius. kerosakkan yang agak serius bermakna? aku akan melaburkan wang yang sangat banyak kat dia. itu pasal la dia senyum lebar sambut kedatangan aku.

tokey bengkel tu sangat kenal dengan aku, sebab aku pernah godek-godek motor aku bersama-sama beliau dulu-dulu dan dia tahu yang aku agak arif dengan hal-hal motor ni. nak kata expert tu tak aderla. tp masih belaja. ha. so dia akan terus suruh aku ambil barang apa yang rosak untuk digantikan. so, aku pon ambil lah spare-part yang aku nak tukar. aku letak kan dekat motor aku supaya pekerja-pekerja dia boleh pasangkan. tokey tu pon senyum tengok aku dan terus menepuk bahu salah seorang daripada pekerja dia untuk gantikan spare-part yang aku ambil tadi. seorang budak muda yang aku rasa umurnya lagi muda dari aku. budak tadi aku bagi nama dia abdullah raffie, sebab aku rasa dengan gaya mat rempit dia dan muka dia yang bajet cool serta serba tahu itu amat kene dengan nama abdullah raffie. kita panggil dia dollah piee jer k.

si dollah piee ni pon datanglah dekat motor aku, dia tengok barang-barang yang aku ambil dan terus mencapai alat-alat pertukangan beliau. lepas tu, beliau seperti terkial-kial tak tahu nak buat apa. aku pon membiarkan sahajalah si dollah piee tu. dalam fikiran aku mesti dia tengah merancang atau merancang strategi untuk proses baik pulih motor aku tadi sebab dahi dia berkerut-kerut aku tengok. 10 minit kemudian dia masih berkerut dahi sambil mundar-mandir sekitar kawasan bengkel tu seakan-akan mencari jarum mas yang hilang. aku perhatikan saja tingkah laku beliau.

aku mula merapatkan diri aku ke motor aku. maka berdialoglah aku dengan si dollah piee ni. berikut adalah dialog antara aku dan dollah piee:-


aku: bro.. kenapa ni?
dollah piee: mane tempat kluar minyak hitam dia ni bang?
aku: tu ha. (sambil tunjuk tempat kluar minyak hitam)
dollah piee: ini ke.? mcm bukan je? ah fat.! ini ke tempat kluar minyak hitam? (ah fat ialah senior foreman bengkel tu)
ah fat: bukan lah! yang tadi tu! itu owner motor sudah tunjuk sama you.!

**aku biarkan lagi walaupon hati ada sedikit geram.

aku: minyak gear tukar skali tau bro.
dollah piee: minyak gear?! haa.. okey2..! (sambil terkial-kial mencari tempat isi minyak gear)
aku: ni ha tempat minyak gear.. (sambil tunjuk kan lubang untuk dimasukkan minyak gear td)
dollah piee: (senyap dan terus bukak skru yang menutup lubang inlet minyak gear tu dan dengan pantas dia terus isi minyak gear dekat motor aku)
aku: eh bro.!!! yang lama ada kat dalam lagi!! kenapa tak kasi kluar yang lame punye dulu?!!
dollah piee: eh?! iyeke..? kene buang yang lama dulu ke? mane ek lubang nak bagi kluar minyak gear nie pulak?

**aku hampir hilang sabar dengan mamat dollah piee ni.

bersambung pada entry yang berikutnya, sebab aku dah ngantuk.ni sumer world cup punya pasal. adoilah.

Wednesday, June 9, 2010

Malas dan Mood Tiada

baru2 ni aku dpt offer utk main kat gig... aderla dlm 2,3 offer aku dpt...
tapi... semuanya aku tolak... haaaa.. ambik ko... bajet rockstar wanpok ni... bukan aku sengaja tolak... aku malas sebenarnya... masih penat akibat semester lepas yang begitu menyeksakan... dan sekarang aku nak berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk diri sendiri.. haaa.. kan masing-masing perlukan masa untuk diri sendiri kan..? pergi bercuti... buat apa yang kita nak buat... bla.. bla.. etc..

lagi satu sbb aku tolak... gig diorg jauh2 kot... tu ha kat JB sane tu ha... lagi satu kat kedah.. adoi semak... tp aku tak bagi tau pon kat band mate aku psl offer nie... aku senyap jer... eugene! kalo ko bc nie.. ko jgn mrh tau... nnt aku blnje ko makan kat castle.. hahahaha... band mates aku yg lain pon turut sama busy jgk... diorang pon nak rehat... haaaa.. so pendek kata, semua tgh malas dan tak bersemangat... jgn la kata kitorg ni tak bersungguh-sungguh... bukan.. tak baik ckp mcm tu.. haaa... fitnah nama nya... kitorg nak time-out jap... july ni maybe kitorg kembali..! ha.!

july ni jgk kitorg plan nak masuk recording... kenapa tak skang je..? tgh cuti ni kan..? haaa... ini adalah kerana.. wanpok dah xder duit... abis semua duit-duit aku taburkan kat percutian aku haritu.. sialan punya pulau... ko igauan.. eh..?! mcm tu ke eja dia..? ke igawwan..? arghhhh..!! mane2 jerla...

skang ni aku tgh meng"compose" beberapa lagu dan melody... dan pass pada krystle utk dia buat lirik... tgk lah mcm mane hasil nyer... sblum nie lagu dan lirik semua aku buat.. kali ini perempuan plak yg tulis lirik... aku bajet sedih abis.. sbb pompuan kan...? btol tak.. mereka lebih pndai menyusun kata-kata.. confirm tangkap leleh gitu.. hahahahaa...

akhir kata... aku skang nak laid back and relax... haa... psl percutian aku kat pulau haritu.. nnt aku update pada entry yang seterusnya.. pulau itu terbaek..!!! aku bg 80 juta bintang out of 8 bintang..!! hahahahahha..!!!!

chow!