Monday, April 11, 2011

Susah Nak Explain.


assalamualaikum w.b.t.

kamu orang semua, mari dengar saya membebel. sudah lama tak membebel.
entri kali ini aku nak bercerita pasal budaya kita yang bersopan santun dari segi percakapan. tapi terdapat sedikit kekeliruan yang kita sendiri susah nak terangkan.

sebenarnya macam ni lah, kita kan kaya dengan budi bahasa kita. betul tak? tak kiralah melayu, cina, india, kadazan, bidayuh, melanau, iban, dan lain-lain etnik lagi. jadi, setiap kali kita hendak menceritakan sesuatu, kita aku cuba untuk tidak membangga diri dan tidak menyinggung perasaan mereka yang berkomunikasi dengan kita. tetapi, respon yang diberikan oleh mereka yang mendengar kadang-kadang tidak mengikut piawaian kesopanan itu sendiri. tak paham? aku bagi contoh.

situasi

Ahmad berkerja sebagai seorang juruterbang. perkerjaan Ahmad sangat susah kerana beliau masih baru didalam bidang penerbangan ni. jadi, pada suatu hari datanglah Ali bertanyakan tentang perihal kerjaya si Ahmad. lazimnya ketika sesi mengeteh di kedai kopi. Ali ini hanyalah seorang yang berkerja sebagai pegawai kanan yang kerjanya hanya duduk di dalam pejabat atau konti yang berhawa dingin.

Ali: kau buat apa sekarang ni mat?

Ahmad: aku pilot sekarang. baru seminggu kerja.

Ali: okey kerja kau? susah ke senang?

Ahmad: agak susah jugak lah. maklumlah, nyawa penumpang kat tangan aku. kalau aku cuai, habislah.

Ali: Memanglah mat! mane ade kerja senang sekarang ni mat?! kau kene tau yang bla... bla.. bla.. yada.. yada.. yada... aku sendiri pon kerja susah bla.. bla.. bla..

Ahmad: owhhh...

dalam situasi ini, Ahmad cuba untuk mejadi seorang yang jujur. beliau tidak mahu mengatakan kerjanya mudah takut-takut dilebel "POYO". tapi adakah respon daripada Ali itu adalah respon yang sepatutnya Ahmad terima. sedangkan Ali hanya berkerja sebagai pegawai kanan yang duduk di dalam ofis tanpa mempertaruhkan nyawanya untuk keselesaan orang lain. tetapi Ali tetap tidak mahu kalah didalam bercerita tentang kerjayanya. dia bercerita tentang kerjanya juga turut susah. tang mana susahnya, tak tahulah.

jadi, kadang-kadang kita tersepit di tengah-tengah. samada mahu bercakap secara bongak atau bersopan. secara jujur atau menipu, cerita rendah diri atau cerita "lebat". memang dalam konteks situasi diatas, tidak semua orang yang bersikap seperti Ali. ada juga yang mendengar dan memberi respon yang agak membina. tetapi, rata-rata yang aku jumpa dan dari pengalaman aku sendiri, ramai bangsa aku bersikap seperti Ali.

masing-masing taknak kalah dalam bercerita.
macam mana bangsa aku nak maju?

-wanpok-