Saturday, October 2, 2010

Teamwork Or One Man Show.

assalamualaikum w.b.t.

soo far, aku masih waras dengan kerja-kerja yang berlambak. lagi seminggu aku nak final exam, tapi satu hapa pon aku tak study lagi. bagus! macam pelajar cemerlang kan? hahahaha.

aku hari ni nak cerita pasal attitude. selalunya lah, dalam bidang yang aku ceburi ni, iaitu kejuruteraan, benda yang palin penting sekali ialah kerjasama. ya! apa yang penting?! berkejasama! wonderpok sikit! hahahaha.

yes it is. sebab, kalo nak reka, design or invent something, we must work as a team so that each and everyone of us can contribute something or helping each other ass out. yelah, tak semua orang ada kreativiti yang sama dengan orang lain. so, kita gather semua idea and start to analyze. itu je.

aku bukan apa, aku terpikir pasal benda ni sebab tengok budak-budak course aku kat bengkel semalam. group ni buat kapal terbang untuk final project. so they have to analyze, do calculation and fabricate that thing as a prototype. susah nak buat kan? atleast kene ada dalam 10 ke 15 orang untuk siapkan semua benda-benda tu.

tapi diorang ni, aku tengok ada 5 orang je. diorang punya workshop depan workshop aku and da geng. yang aku peliknya, sekarang baru kitorang perasan yang diorang punya workshop kat depan kitorang punya workshop je. sebelum ni memang gelap jer workshop tu malam-malam.

i know them because diorang ni budak-budak course aku jugak. so aku pon pergi lah melawat bengkel diorang. aku tanya lah, kenapa diorang start lambat? dah lagi 2 minggu nak due date baru nak buat? pastu, diorang pon cakap lah, yang diorang ni di anak tirikan oleh geng-geng yang satu lagi. diorang cerita lah yang sebenarnya diorang telah disuruh untuk buat prototype sendiri oleh satu lagi group. group yang suruh diorang buat sendiri ni pon buat project yang sama jugak.

aku pon tak paham lah. so aku tanya lah lagi. kenapa group yang satu lagi tu taknak korang masuk geng diorang? ni jawapan yang aku dengar. group satu lagi tu cakap yang diorang ni tak pandai, tak reti buat calculation, tak reti nak analyse and all. so i've come to a conclusion yang diorang ni di anak tirikan sebab tak berapa pandailah.

aku agak marah dengan group yang satu lagi tu. suka-suka hati je dia cakap macam tu. ko ingat ko otai sangat ke? sebab diorang ni tak berapa nak pandai, korang buang diorang. aduh. panas betul hati aku. cehhhh.. tiba-tiba aku pulak yang panas hati. hahahahaha.

tapi serious lah wey. panas hati lah kan. kau hina orang dan jatuh kan air muka orang. tak baiklah macam tu. sepatutnya, ambil jerla group yang kurang pandai ni, and jadikan diorang foreman. kan boleh je macam tu. diorang nie aku akuilah kurang pandai jugak macam aku, tapi diorang ni jenis yang willing to dirty their hands to deliver something. diorang jenis yang sanggup pegang minyak-minyak, lukakan tangan, kotorkan tangan dan skill diorang dalam bidang fabricate adalah sangat-sangat otai.

kan bagus kalau diorang buat macam tu, kerja ramai-ramai. weyh, airbus ngan boeing pon reka satu kapal terbang pakai berpuluh-puluh orang engineers lah. c'mon lah wey. jangan lah macam nie

yang aku lagi tak pahamnya, group yang bajet pandai ni, buat seolah-olah final project ni satu competition. wah! yang kalau dier punya project tu gempak dapat hadiah percutian ke Los Angeles. bukan macam tulah bro. kalau project ko gempak, ko akan dapat A je. tu je yang ko dapat. tak lebih dari tu pon.

kesimpulannya, work as a team lah. tak perlu wujud pon one man show kat dalam engineering field ni. mengarut jer semua tu. kau bukan tuhan. sedangkan yang work as team pon gagal, ni kan ko yang kerja sorang-sorang. itu semua mengarut.

semua sebab nak dapat nama dan pujian. bisikan syaitan semua tu.

No comments: