Friday, October 15, 2010

Air Awesome!

assalamualaikum w.b.t.

hahahahahahahaha.. pelik tak tajuk entry ni? pelik kan..?
bukan apa. saja nak kongsi dengan korang pasal 2 jenis air pelik yang aku baru minum (dah lama minum sebenarnya). serius aku sangat-sangat terkejut bila teguk 2 jenis air ni buat pertama kali nya. berikut adalah air-air yang aku rase awesome pernah aku minum:-

(1) air minuman Plus 1 Laboost

air ni sangat-sangat hebat. air ni telah berjaya membuatkan mata aku terbeliak sebanyak 3 kali.

kali pertama: 1st time aku teguk air nie.
kali kedua: sejurus selepas aku teguk dan cepat-cepat memandang ke arah botol ni.
kali ketiga: sebab ada awek depan aku memandang ke arah aku dengan tenungan yang sangat pelik.

kenapa aku terbeliak mata bila minum air ni? sebabnya, air ini rasa dia sebijik macam minum air kelapa. sebenarnya bukan rasa dia mcm air kelapa, tapi lepas kita minum tu, kita akan rasa macam minum air kelapa. korang paham tak? hahahahaha. kalo tak paham, korang pergi kedai, beli satu botol dan minum on the spot. konformasi korang akan terbeliak biji mata. hahahahaha.

tapi, yang lagi peliknya. air ni bila korang minum sejuk sahaja dia akan rasa macam air kelapa. tapi bila dia dah tak sejuk, rasa dia macam air biasa. misteri bukan?
sebab itulah aku panggil air ni air awesome!

(2) F&N Seasons Chrysanthemum Tea

okay. air ni pulak. berjaya membeliakkan mata aku sebanyak 2 kali sahaja.

kali pertama: first time teguk air ni.
kali kedua: time aku tuang air ni kat dalam sinki sebab nak tgk apa benda yang masuk dlm mulut aku.

aku tak pasti kalo aku yang lambat tahu atau aku yang paling ketinggalan zaman. maafkan aku ya. tapi aku nak cerita jugak. air ni. betul-betul dia letak kelopak bunga krisantimum tu! wa cakap sama lu! aku sangat-sangat terkejut dan teruja kerana F&N buat julung-julung kalinya berkata benar untuk produknya. betul-betul teh krisantimum dia bagi kat kau! hahahahaha!

soo. inilah air awesome aku yang kedua!

p/s: korang kena pergi kedai dan beli air ni dan cuba on the spot. 2 air ni memang stylo!

No comments: