Friday, October 22, 2010

Akibat Bosan Yang Terlampau

assalamualaikum w.b.t.

semalam kan aku membebel bosan-bosan kan?
haaa. tak pasal-pasal lepas aku bebel tu, ada satu kejadian aneh jadi dekat aku.
tak ada lah aneh mana pon, tapi agak menakutkan dan sedikit lawak. sedikit je lawak dai, tak ada banyak-banyak pon.

cerita dia macam ni.
semalam akibat bosan yang terlampau teruk, aku pon godek-godeklah PC housemate aku ni.
sekali jumpa cerita kartun AVATAR. ni bukan AVATAR yang ada torouk ma'tor kaler-kaler biru tu, ni AVATAR yang AIR BENDER tu. haa.. layan punya layan, sekali aku dengar ada bunyi kat dapur. bunyi macam ada orang masukkan tangan dekat celah-celah tingkap dapur untuk bukak pintu dapur tu. tingkap dapur ni memang sentiasa terbuka. ada seorang housemate aku ni, ntah saka apa masuk dalam badan dia, suka bukak pintu dan tingkap luas-luas time malam-malam (akan aku karang entry khas untuk beliau) aku pon dengan pantas usha. tak ada apa-apa yang aku nampak. aku sambung balik tengok cerita avatar tu.

selang 5 minit bunyi tu ader lagi. aku buat dek jela. tapi bunyi tu taknak berhenti. aku pon dengan berani nyer pergilah usha dekat dapur. time aku usha tu aku nampak mcm ada kelibat berlalu pergi dari tingkap tu. fuhhhhhh...!!! tak pernah aku alami benda-benda macam ni seumor hidop aku. aku pon beranikan diri untuk pergi dekat dengan tingkap tu. nak usha punya pasal. aku tengok dekat luar gelap je.

so, aku pon tutuplah tingkap tu. sekali boleh pulak kuali yang housemate aku sangkut kat situ jatuh terus masuk dalam sinki. huru-hara lah kejap keadaan time tu. sekali benda yang berlalu pergi dari tingkap tu datang balik. dia langgar-langgar tingkap dapur tu. lepas tu dia ada keluarkan bunyi lagi.

moooooooooooooowww!! nah! ambik kau wanpok! hilang darah kat muka. lembu rupa-rupanya. subahanallah. punya lah besar lembu tu. ada 4 ekor. aku terus tergelak sorang-sorang. sampai housemate aku yang lain terjaga. hahahahahaha. siapalah tuan lembu ni. bukan main lagi dia trained lembu-lembu dia untuk suspen kan orang. hahahahahaha..

maka, hilanglah kebosanan aku malam tadi akibat terasa terhibur dengan lembu-lembu yang kononnya nak pecah masuk rumah aku. hahahahahaha..

inilah yang akan terjadi sekiranya seekor lembu mencuba untuk memecah masuk rumah anda melalui tingkap dapur. credit untuk google kerana gambar ini.

-wanpok-

2 comments:

atEe said...

x paham aku camane lembu yg besor godang tu ko x boleh nampak. n macam mane dorang boleh bedesup lalu kat luar tu?

WanPok said...

hukaloh.. gelap gelite ko atee oi.. ko ingt mate aku ni ade nightvision ke..? yg psal bedesup kat luar tu, aku pon tgh pelik skang nie.. ingt kan nak tnye ko.. mane tau ko ader jwpan ke.. hahahahaha...