Wednesday, August 18, 2010

Entry Clean-up!

assalamualaikum...

sebelum aku teruskan bercerita tentang apa yang kene mengene dengan tajuk diatas. aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua bloggers yang beragama islam. semoga di bulan yang baik ni, ibadah kite dilipat kali gandakan. insyaallah.

ehem..! ehem..!
testing jari manaip. naik taip bunyi keyboard tak tau mcm mane bunyi dia. so aku just amik bunyi orang ber"dehem".

semalam aku cuba untuk kemaskan blog. ubah-ubah sikit apa yang patut. then, tergerak plak hati nak tengok entry-entry lama kan. tangan gatal. skali sampai kat satu part tu, zaman-zaman aku tengah putus cinta. adoilah! bila aku baca balik, aku rasa mcm loser je ayat-ayat yang aku post dalam entry-entry lama tu.

terserlah dengan jitunya ketidak matangan aku. tergelak-gelak aku baca entry-entry tu. rasa macam tak percaya yang tu adalah aku. hahahahahaha. terbaiklah.!
maka, dengan selambanya aku telah mendelete entry-entry loser aku itu. haaaaaaa.!

ini menjelaskan, kita berubah tanpa kita sedari. kadang-kadang, kita buat benda yang memang tak masuk akal langsung. tapi takpe. selagi nama itu manusia, kita tak boleh lari dari membuat silap kerana dari silap itulah kita belajar erti kehidupan.


disini, aku ingin meminta maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan tulisan-tulisan aku sebelum ini, yang tak puas hati sebab aku gemuk tapi hensem, yang sakit telinga dengar aku nyanyi ke, yang tak puas hati sebab aku tak reply komen ke, yg berlobang hati sebab tau aku slelalu baca blog korang tapi tak komen ke, dan lain-lain lagilah yang sama waktu dengannya.

yang baik itu semuanya datang dari Yang Esa,
yang buruk semuanya datang dari saya,
maafkan saya okey!
selamat berpuasa!

p/s: gambar ini tidak ada kene mengena dengan mintak maaf. tak tahu nak letak gambar apa.hahahahahahaha.

No comments: