Wednesday, January 26, 2011

Perhatian Kepada Event Organizer!

assalamualaikum w.b.t.

mood: tidak marah, tidak happy.
muzik di headphone: Edge of Desire. John Mayer.

aku hanya nak luahkan perasaan yang terbuku dihati. cliche tak ayat? terbaek! baca tajuk diatas dan anda akan secara langsung tahu kepada siapa entri ini dikarang. baiklah. bermula.

kami tahu kami baru nak bertapak dalam industri ini. kami rasa sungguh penat untuk survive dalam scene muzik tanah air ini. sudahlah terlampau banyak band yang tumbuh macam cendawan. obviously, malaysian still looking for quantity and not quality. sad ehh? but it's okay. am fine with it. i have both! hahahahahahah. perasan betul budak gemuk ni.

itu tidak menjadi masalah lagi. event management, literally, they will get rich way before our popularity escalate. tapi itu tak mengapa. aku paham, mereka juga dikira pembantu dalam menaikkan nama dalam industri muzik ni. tanpa mereka, siapalah kami. yang menjadi masalahnya ialah, apabila golongan-golongan yang mahu membuat untung dengan meng"organize" event pon tumbuh macam cendawan juga, plus they don't even know how to organize an event?! watttderrrhekkkk?!

ini lah yang terjadi kepada band aku. kami bukan marah sebab apa. anda mendesak, hari-hari tanya samada kitorang boleh bermain untuk event korang atau tidak. tapi bila ditanya tentang venue, jawapanya "TAK SURE LAGI, KITORANG TGH CARIK". bila ditanya pula tentang tarikh, jawapanya "TAK SURE JUGAK, KENE CARI TEMPAT DULU" yada yada yada..

dude, come on lah wey. kalau nak tunggu dua-dua benda tu ngam memang sampai bila lah event ko tak berjalan. ngok! even my 13 years old brother know that. kau kene set either the date or the venue fixed. tapi selalunya, orang set venue fixed, rasionalnya venue bukan free tiap-tiap hari sebab ada orang lain nak gunakan? betul tak? so, kalo ada hari yang free tu, ko grab jerla. aku engineering student pon tau kot. come on lah.

yang membuat aku panas satu badan ialah, kau dah suruh kitorang confirmkan slot untuk kitorg main kat event korang, lagi 1 hari or 3 hari due date korang cakap event cancel. panasnya rasa di hati. kau tak tau pulak aku dah cancel kan semua benda-benda yang aku dah planned haritu semata-mata untuk memperjuangkan muzik dan menolong kau jadi kaya. alih-alih, itu yang kau cakap? "Brooo, event cancel lah, ader prob sikit". sudahlah bonda aku suruh balik ke seri iskandar sebab nak setup rumah baru. aku cancel kan jugak sebab event ko. tak pasal-pasal aku jadi anak derhaka. haih. tak tau lah aku nak cakap apa dengan kau. nasib baik kau perempuan, kalau lelaki, aku dah nyanyi-nyanyi (maki) dah kat dalam telefon tu untuk kau.

moral of the story, jangan jadi oraganizer jika anda ada penyakit kepala otak bebal. sekian. terima kasih.

-wanpok-

Tuesday, January 25, 2011

Exhausted!

assalamualaikum w.b.t.

  1. Nastran material and structure analysis.
  2. thesis
  3. internal combustion engine simulation
  4. Perodua's workstation redesign using Catia.
  5. kene pergi Perodua Rawang untuk No.4.
  6. Futsal (apehal benda ni pon boleh masuk sekali?)
durasi tinggal hanya 5 minggu.

p/s: jika apa-apa berlaku, tolong bagi tau ayahnda dan bonda yang saya sayangkan mereka. saya akan cuba untuk tidak meniru aksi Johnny Lobo dalam filem 3 Orang Bodoh (3 Idiots).

Monday, January 17, 2011

Tahun Akhir Itu Menyeksakan.

assalamualaikum w.b.t.

sekarang.

baru aku tau.

bila nak dekat grad.

ia adalah satu penyeksaan.

sengaja aku letak gmbar ini.

sebab nak bagi tau.

yang aku student engineering JUGAK!

pffftt.

korang jangan marah aku.

-wanpok-

Wednesday, January 12, 2011

Polis

assalamualaikum w.b.t.

hari ini aku nak berkongsi cerita pasal polis. ya! polis! agak sensitif sedikit bila nak bercerita pasal polis ni. biasanya, bila orang cakap pasal polis, kita akan automatik rasa macam tak senang duduk kan? samada tak senang duduk sebab takut dengan polis ataupun tak senang duduk sebab benci dengan polis.


siapa kat sini benci polis? hah! maksudnya korang benci arwah atuk aku. arwah Atuk Abu aku polis tau! hahahahahaha. tak baik benci polis. dia hanya menjalankan tanggungjawab dia. kadang-kadang memang ada segelintir polis-polis yang "kerek" bila mereka berurusan dengan kita. tak kiralah urusan apa sekali pon. kau pergi bayar saman ke, kau kene tahan "roadblock" ke, kau kene tahan sebab "speeding" or langgar lampu merah ke. mereka bukan "kerek" saja-saja. untuk memastikan yang korang takut dengan dia. sebab kalau tak "kerek" or garang, mana ada orang nak takut kan?

kalau korang benci polis sebab ada yang makan rasuah, itu aku tak dapat buat apa. aku taknak elaborate more pasal tu sebab itu isu sensitif. tidor dekat Bukit Aman aku nanti. sebab bagi aku, polis ni jadi mangsa tumpuan rahsuah sebab diorang yang menjaga undang-undang, so apabila mereka ni ambik rasuah, mereka akan di pandang serong. padahal, orang-orang yang kerja kat pejabat "gomen" pon ada jugak yang ambik duit-duit haram ni. mustahil tak ada.

mamat A: kau tgk perut polis tu, bapak bulat! buncit ke depan pulak tu!

mamat B: hah! kalau kau nak tau, tu penuh dengan duit rasuah lah tu! itu yang perut jauh ke depan tu!

itu biarlah, bukan urusan kita untuk tentukan dosa atau pahala mereka. itu urusan Pencipta dengan makhluk ciptaanya. bukan tak ada polis yang berintergriti kat Malaysia ni, ramai je, tapi sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

nak dijadikan cerita, semalam aku lepak dengan salah seorang polis yang berintergriti. kawan aku, dia polis dekat daerah Manjung. Ya! tempat kau Atie! jangan nak senyum-senyum! senyumlah tu aku kasi femes dia. hahahahhahaahaha. anyways, aku dengan kawan aku ni pon berceritalah. macam-macam jugan yang aku tau pasal polis malam tadi. tergelak terbahak-bahak dengar cerita member aku ni. topik? "benda paling lawak masa kau kerja mana? duduk kat meja balai ke time ronda-ronda?" berikut adalah perbualan yang lebih kurang sebijik lah. ada tambah-tambah sikit untuk bagi sedap cerita.

Wanpok: man! keje mane yang kau paling enjoy man? ronda ke duduk kat kaunter? (kantoi plak nama member aku tu man)

Man Memberku Polis: aku paling enjoy jaga kaunter, sumpah enjoy gila. tambah-tambah bila ada orang teman aku. dapat pulak yang teman aku tu duduk dalam lokap.

Wanpok: Hahahahahahahaha.!! apehal?

Man Memberku Polis: aku boleh borak-borak dengan dia, bosan-bosan aku suruh dia nyanyi, pastu kalu bosan lagi, aku pulak nyanyikan untuk dia! hah! karok balai lah! hahahahaha.

Wanpok: Hahhahaahhaahahhahahahahahahaha!!!!! Lagi-lagi?!

Man Memberku Polis: ada sekali ni, sorang pakcik ni datang nak buat repot. kau tau report pasal ape?

Wanpok: pasal ape? umah kene rompak? bini kene ragut?

Man Memberku Polis: bukan! sebab ayam! dia cakap jiran sebelah umah dia curik ayam dia, sebab dia nampak jiran dia bagi ayam dia makan pagi-pagi dan ayam dia ada kat situ.

Wanpok: Warghhhhhhahahahahahahahahahaahhaahahahahhaa!!!!!!!!! itu macam pon ada ke?!

Man Memberku Polis: heh! ada dol! aku time tu tak tau nak bukak report ke tidak. jammed aku kat situ. hahahahahahahaha.!!! pasal ayam je pon.

Wanpok: ahahahahahahahahahahahahahaha!! lagi?! lagi?!

Man Memberku Polis: lagi satu kes tangkap orang gila. masuk lokap. malam tu aku on duty. kau tau orang gila tu buat apa?

Wanpok: dia buat apa?

Man Memberku Polis: " Nama aku ZAKARIA! Z.A.K.A.R. ZAKARIA! Orang panggil aku JSK!" itu benda yang dia pekik dari pukul 9 malam sampai 9 pagi esoknya tanpa henti. aku mula-mula tak perasan dia punya ejaan tu. aku dengar banyak-banyak kali baru aku perasan yang dia eja Z.A.K.A.R.!

Wanpok: Warghhhhhhahahahahahahahahahaahahahahahahahaha!!! Abistu JSK tu kejadah ape plak?

Man Memberku Polis: JSK = Jalan Sepak Kertas.

Wanpok: Warghhhhahahahaahahahahahahhahahaahahahahahahahahaha!!! (kali ni dengan air mata)

-wanpok-

Monday, January 10, 2011

Ana Raffali

assalamualaikum wb.t.

terkejut kan? semua orang terkejut kan? aku lagi terkejut. siap lepas dia habis performed, aku terus update status kat facebook aku. seperti gambar dibawah.
*statement oktev tinggi sgt tu aku pajak je. bukan itu istilah sebenarnya, tapi memang aku dengar macam ada something wrong dengan tone suara ana time dia nyanyi malam tadi.

aku tau aku bukanlah expert mana pon pasal muzik sampai nak kritik orang. aku sedar diri aku. tapi, sepanjang aku tgk AJL tu yang aku kenal pasti memang performance sedikit kureng dari segi suara ada 2 orang. Ana Raffali dan Syahir. aku rasa bukan aku sorang je yang rasa macam tu, korang-korang kat luar sana pon sama kot. yang mamat syahir ni aku tak amik port sangatlah sebab aku bukan layan pon lagu dia. dan dia tak menang pon. okey, abis babak observation.

aku sebenarnya bangga dengan Ana sebab dia dapat masuk AJL. serius aku bangga. sebab dia pon pernah main kat gig-gig kecil macam aku buat sekarang, we used to play at the same place dan aku paham macam mana keadaan pemuzik-pemuzik yang cuba ketengahkan bakat yang mereka ada dengan bermain di gig-gig kecil ni. sangat-sangat struggle. nak survive dalam scene indie memang sangat-sangat susah. tambah-tambah sekarang banyak band-band indie wujud macam cendawan tumbuh lepas hujan.

rezeki Ana ada dekat Youtube. dia dikenali ramai dari sana. Aidid Alfian jumpa Ana kat sana dan jadikan Ana artis bawah rekod label dia. aku pon buat benda yang sama. upload video aku kat youtube so that ramai orang dengar dan kenal band aku. itu memang rezeki dia. alhamdulillah.

tapi, yang aku tak puas hatinya. kenapa Ana yang menang? sedang
kan ramai lagi yang hebat malam tu. aku rasa Adira malam tu pon boleh tahan hebat kalau nak dibandingkan dengan Ana. tak menjadi isu sekiranya Black, Faizal Tahir, Hujan, Bunkface, atau Stacy yang menang sebab mereka punya persembahan memang agak kemas.

yang menjadi persoalan pada aku sekarang, macam mana sistem pengiraan mata untuk AJL ni yang sebenarnya? adakah lirik 40% - 60% persembahan? atau lirik 60% - 40% persembahan? sebab bagi aku, yang paling releven adalah sistem lirik 40% - 60% persembahan. sebabnya, bagi pahaman aku AJL ni adalah untuk menilai ke"otai"an satu-satu artis itu perform secara live dengan penuh gaya dan karisma dari segi suara dan persembahan pentas. so, everything ditentukan pada persembahan diorang pada malam tu.

kenapa aku kurang setuju dengan sistem lirik 60% - 40% persembahan? sebabnya, baik tak payah buat AJL kalau macam ni. baik buat macam award-award yang biasa je. macam Anugerah Bintang Popular tu. sampaikan terus anugerah tu dekat pemenang. persembahan boleh jugak dibuat sekiranya penyanyi nak kuat kan lagi markah 40% untuk persembahan tadi. bagi aku, macam itulah sepatutnya.

Kesimpulan.

  1. Kalau bagi menang sebab lirik yang kuat, tak payah ada performance sebab buang masa. bagi sahaja award tu macam award biasa ketegori "Anugerah Lagu Terbaik"
  2. Paling releven adalah menang disebabkan oleh persembahan yang mantap pada malam itu.

aku sendiri tak paham juri-juri tu apa yang diorang nak cari sebenarnya untuk Anugerah Juara Lagu ni. tolong serlahkan sedikit bibit-bibit keadilan dalam pengadilan.

tapi, apa-apa pon aku tetap gembira dengan Ana sebab dia menang. Rezeki dia Allah s.w.t. dah tentukan kat situ. kalau ada yang kurang bersetuju dengan aku, aku mintak maaf awal-awal. mungkin korang boleh jelaskan dekat aku tentang perkara yang aku kurang jelas. tapi lembut-lembut lah tegur. jangan marah-marah. aku pon baru nak belajar jugak pasal selok-belok persembahan muzikal ni. aku tak berniat nak bertegang leher pon.

akhir kata,

Tahniah Ana Raffali!


Aku bangga dengan kemenangan kau.

-wanpok-

Thursday, January 6, 2011

Mamat Homeless Bersuara Emas

assalamualaikum w.b.t.

aku nak share dengan korang semua pasal salah satu cerita yang sangat menyentuh hati.

Ted William,
seorang lelaki bekas penagih dan kaki botol berusia 53 tahun yang hidupnya merempat di tepi-tepi jalan.
meminta sedekah dari kereta ke kereta yang berhenti di lampu isyarat.
di tangannya terpampang satu iklan yang ditulisnya sendiri di atas kotak.
berikut adalah ayat-ayat yang terpampang di kotak iklannya itu:

"I HAVE A GOD GIVEN GIFT OF VOICE. I'M AN EX-RADIO ANNOUNCER WHO HAS FALLEN ON HARD TIMES. PLEASE! ANY HELP WILL BE GREAT FULLY APPRECIATED. THANK YOU AND GOD BLESS YOU. HAPPY HOLIDAY!"

aku memang terperanjat beruk lepas dengar Ted bercakap. sila layan video dibawah untuk mendengar suara emas beliau.



selepas 24jam video tentang Ted tersebar di dalam Youtube, kehidupan Ted telah bertukar dengan serta-merta. seperti cerita fantasi sinderalella. Ted dapat offer untuk jadi penyampai radio, pengacara rancangan TV, dan banyak lagi. berikut adalah video keadaan Ted selepas 24jam.



tak percaya? percayalah!

sekian,

-wanpok-

Wednesday, January 5, 2011

Header Baruk

assalamualaikum w.b.t.

selamat sejahtera bagi yang bukan beragama islam.

tajuk entri kali ini.

Header Baruk

Baruk = Baru + Buruk

sila ingat formula diatas sampai hujung nyawa anda.

tak dapat untuk mencari kombinasi saiz yang sempurna.

3 jam telah diluangkan untuk membuat header ini.

aku tak mahir langsung mengedit.

sekian terima kasih.

-wanpok-

Monday, January 3, 2011

2011

assalamualaikum w.b.t.

mula-mula sekali, aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua blogger. belum terlambat lagi kan? hah! azam tahun baru ape? azam? ada? tak ada? bagus! boleh geng dengan aku. aku tak pernah ada azam tahun baru. sebab aku tiap-tiap bulan ada je azam yang aku update. sebab, banyak sangat perancangan yang aku buat untuk memperbaiki diri sendiri mahupun kerja-kerja aku. kalau aku pasang azam setahun sekali je, alamat melingkuplah aku punya hidup.

time goes by, makin hari kita makin berusia. sengaja aku guna perkataan berusia tu, barulah dengar macam dah tua tahap pakai tongkat dah. hahahahaha.

yang sebenarnya kannnnnnnnn,

aku kannnnnnnn,

tak ada idea nak update blog ni. tak tau nak merepek apa.

okay.

malas nak taip dah.

bye!

-wanpok-