assalamualaikum w.b.t
diri kita memang dilahirkan untuk merasa puas atau lega bila mendengar benda yang baik-baik. Lunas segala zuluman di dalam hati apabila kita mendengar berita yang seronok lagi sukacita.
tetapi,
sanggupkah kita mendengar benda seronok yang kekalnya tidak lama, hanya seketika. sanggupkah kita? kita lagi rela mendengar berita-berita yang memuaskan diri kita daripada mendengar berita-berita yang akan mendukacitakan kita.
janji,
kenapa perlu kita berjanji? berjanji yang wajib itu hanya untuk Yang Kudus. kita boleh berjanji sesama kita, sesama makhluk, tapi semuanya berada di atas landasan keyakinan dan kesungguhan kita untuk menepati janji kita. jika tidak ada usaha, mana mungkin janji boleh dikotakan?
kecewa,
kecewa bila mendengar kebenaran atau kecewa selapas ditipu? mana satu pilihan kita? kita pilih untuk mendengar mereka yang jujur berkata-kata, tapi tidak dapat menyedapkan telinga kita? atau kita pilih untuk mendengar mereka yang sering menipu kita, tetapi dapat puaskan telinga serta melembutkan hati yang batu yang hanya bersifat sementara?
pilih,
jika disuruh untuk pilih, aku pilih untuk mendengar kebenaran dari mula. biar pahit macam mana pun. dari kepedihan itu kita boleh tukar ia menjadi kegembiraan. tapi sukar, sangat sukar untuk menukarkan sesuatu yang gembira dari mulanya yang berpenyudah dengan kesedihan, kehancuran, kebencian dan meluat. aku pernah duduk bersila sambil menghirup kopi di zaman itu. sangat lama aku dekat situ. aku tau macam mana rasanya.
sugar coated,
melalui pengamatan aku sendiri, masih ramai kita yang suka mendengar berita gembira yang hanya bersifat sementara. sebab kita mungkin malas untuk mengubah sesuatu yang rigid pegun sifatnya. mungkin kita sudah penat untuk mengubah kerana sering kali gagal. mungkin juga kita sudah meluat mendengar berita yang pahit. pilihlah kategori anda yang mana.
biar real,
aku hidup dalam dunia yang realistik. bukan drama swasta. bukan novel cinta. bukan apa-apa media sekalipun. bila kita mula untuk berfikir secara realistik, dan tolak fikiran secara fantasi dan emosi, perlahan-lahan. kita akan nampak dunia. itu semua boleh dimanipulasi oleh akal kerja manusia, tapi realiti adalah kerja Allah S.W.T. yang tetap sifatnya.
Maybe when the bitterness has gone, there will be sweetness on our tounge once more.
Sekian.
Thursday, December 27, 2012
Saturday, December 22, 2012
Penyayang Itu Aku.
assalamualaikum w.b.t.
bukan mudah menjadi seorang yang penyayang. sering buat mereka yang berada di sekeliling bahagia. kita yang penyayang bila mahu capai bahagia?
bukan aku yang minta jadi seorang yang penyayang, mudah mengasihani orang dan sayang orang. kita yang penyayang bila mungkin dapat kasih dan sayang?
bukan mudah untuk menjadi penyayang yang tidak pernah bosan untuk menyayangi orang lain. kita yang penyayang mungkin bosan untuk disayangi oleh orang lain?
mungkin para penyayang ini, Allah S.W.T. cipta miliki jiwa yang kental untuk menyayangi tanpa meminta untuk disayangi kembali.
mungkin.
suatu hari nanti, mungkin.
bukan mudah menjadi seorang yang penyayang. sering buat mereka yang berada di sekeliling bahagia. kita yang penyayang bila mahu capai bahagia?
bukan aku yang minta jadi seorang yang penyayang, mudah mengasihani orang dan sayang orang. kita yang penyayang bila mungkin dapat kasih dan sayang?
bukan mudah untuk menjadi penyayang yang tidak pernah bosan untuk menyayangi orang lain. kita yang penyayang mungkin bosan untuk disayangi oleh orang lain?
mungkin para penyayang ini, Allah S.W.T. cipta miliki jiwa yang kental untuk menyayangi tanpa meminta untuk disayangi kembali.
mungkin.
suatu hari nanti, mungkin.
Housekeeping
assalamualaikum w.b.t.
hampir genap 1 tahun aku tidak meluahkan apa yang terbuku di minda, di hati, dan di sanubari dekat sini.
mungkin sudah sampai waktu untuk aku menulis secara maya. menulis menggunakan pena serta kertas hari-hari aku buat.
jadi, aku sudah bersedia untuk menaip semula. sudah sampai waktunya. kau jaga keyboard! kau bakal lunyai dengan aku.
hampir genap 1 tahun aku tidak meluahkan apa yang terbuku di minda, di hati, dan di sanubari dekat sini.
mungkin sudah sampai waktu untuk aku menulis secara maya. menulis menggunakan pena serta kertas hari-hari aku buat.
jadi, aku sudah bersedia untuk menaip semula. sudah sampai waktunya. kau jaga keyboard! kau bakal lunyai dengan aku.
*beginilah keadaan aku sekarang. gigih secara maya untuk mengemas kertas menulis maya aku. berhabuk. kusam. masam. bersawang.
Friday, January 6, 2012
Kami Pencinta Kucing.
assalamualaikum w.b.t
seperti biasa, penganggur seperti aku juga mempunyai kerja tetap walaupun sering digelar peladang anggur secara maya ataupun fantasi. dimana kerja tersebut tidak mendapat apa-apa gaji malahan terpaksa menggeluarkan wang lagi ada. LEPAK! ya, itu adalah kerja sepenuh masa aku sekarang. tempat lepak hanya satu. Restoran Mufah Maju. Hidup Mufah!
tempat lepak ni ada banyak kucing. aku dan ahli kumpulan MiTaKu yang seorang lagi iaitu
Brader Boy Pria Punjangga yang juga seorang pencinta kucing yang amat tegar akan cuba menyelamatkan kucing-kucing yang dibuang oleh orang di tempat kami melepak ini.
kucing adalah haiwan paling aku suka. OK aku tipu. sebenarnya aku paling suka harimau. tapi disebabkan membela harimau adalah suatu perkara yang mustahil, maka aku suka lah kucing.
satu keturunan juga dengan harimau.
ada seekor anak kucing yang comel telah menjadi pendatang baru di tempat lepak kami. memang buangan orang kerana kucing itu sangat cantik bulunya, matanya berwarna biru, kucing betina dan sangat comel. aku namakan anak kucing itu Melly. sebab aku suka watak
Melly dalan cerita Tentang Dhiya tu. boleh? hahahahaha.
tapi Melly ada masalah kudis yang sangat teruk di bahagian kepala termasuk telinga dan
bahagian tengkuk. sampai berdarah-darah. kegatalan yang melampau telah menyebabkan Melly menggaru dirinya sampai luka. kesian Melly.
Modus operandi MiTaKu sangat mudah.
1. bagi makan kucing tersebut supaya menjadi gemuk gedempol.
2. mengubati luka serta kudis-kudis kucing tersebut.
3. kucing tidak akan dibawa pulang supaya mereka boleh belajar untuk mencari makan secara
sendiri semasa ketiadaan kami. (tapi selalunya mereka-mereka jarang cari makan sendiri, tunggu kami jugak)
4. lepak bersama kucing tersebut ataupun buli kucing tersebut sampai mereka gigit tangan
kami.
mudah bukan? hahaha. malas nak cerita. sila layan gambar.
inilah Melly yang sedang khusyuk makan.
makanan Melly yang di sponsor oleh ibu tercinta.
ubat kudis Melly. tajaan Brader Boy Pria Pujangga. boleh didapati di klinik ataupun kedai haiwan berhampiran rumah anda. KOMPOM ada! kalau tak ada, lapor kepada MiTaKu. MiTaKu akan serang kedai itu.
Proses menyapu ubat ke luka/kudis Melly. setakat ini beliau memberi kerjasama yang sangat jitu. kebarangkalian untuk kami menggunakan Apit-G bengkel Kemahiran Hidup untuk mendiamkan Melly tidak mungkin akan berlaku. Good Girl!
Melly yang pasrah ketika diperusah oleh Brader Boy Pria Pujangga.
progress tentang Melly akan di update di sini. mungkin selepas Melly sembuh ada yang berminat untuk meng'adopt' beliau. Melly ini konfirm comel kalau dah baik nanti. tunggulah!
MiTaKu = kaMi pecinTa Kucing (stylo tak nama geng kami. Japanese Style bukan?)
p/s: Melly mati kene langgar dengan kereta beberapa minggu lepas kitorang ubat dia. Al-Fatihah.
p/s: Melly mati kene langgar dengan kereta beberapa minggu lepas kitorang ubat dia. Al-Fatihah.
-wanpok-
Subscribe to:
Posts (Atom)