Wednesday, October 26, 2011

Lihat Kepada Kitaran Air. Rendahkan Diri.

assalamualaikum w.b.t.

cubalah lihat kepada kitaran air,
berasal dari bawah,
disejat oleh matahari untuk naik ke atas,
sudah terlampau berat diatas, diturunkan semula ke bawah,
begitulah seterusnya.

apa yang aku belajar dari kuasa Allah S.W.T. dalam mengatur segala acara dalam kitaran air ini adalah:
  1. Tidak kira kita berasal dari bawah atau atas, kita akan merasa bagaimana keadaan berada di kedua-dua tempat. sama ada bawah atau atas.
  2. Yang berada di bawah terpaksa menahan segala perit getir untuk naik ke atas. perit getir itu disimbolikkan dengan panas matahari yang menyebabkan air tersejat ke udara. kita akan berada di atas, tapi dengan menahan segala tekanan yang ada. apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar. masa itu akan tiba.
  3. apabila sudah berada di atas, kita akan turun semula ke bawah tanpa kita sedari yang kita sudah terlampau berat. mahu atau tidak, kita tetap kena turun ke bawah.
  4. begitulah kitaran hidup yang aku faham dari segi konsep kesenangan dan kesusahan.

sememangnya perit untuk naik ke atas, tapi selepas berjaya, kita akan berasa sangat puas hati. tetapi sengaja Allah turunkan semula kita ke bawah supaya kita tidak lupa bagaimana peritnya kehidupan di bawah. dengan erti kata lain, kita yang pernah berada di bawah, boleh membantu mereka yang baru di dalam fasa permulaan untuk naik ke atas untuk kali pertama. dan pengakhirannya kita sama-sama akan naik ke atas. bukan sekadar membantu mereka yang baru, tetapi yang paling penting adalah untuk beringat bahawa Allah itu wujud dan akan sentiasa menguji makhluknya. apa yang kita perlu buat adalah sentiasa mengingati akan DIA.

janganlah kita sentiasa bangga dgn keadaan kita ketika berada di atas sehinggakan kita sudah diturunkan ke bawah pun kita masih berkhayal yang kita masih berada di atas. rendahkan diri kita. mengaku segala kekurangan yang kita ada. ia tidak akan menyebabkan kita dipandang hina oleh masyarakat. kita hanya akan dipandang hina sekiranya kita bertindak menafikan kekurangan kita. bukan sahaja masyarakat memandang hina, Allah juga memandang hina tehadap makhluknya yang bersikap fasik, riak dan takabur.

aku sendiri mengingatkan diri aku ygang fasik ini. ikutlah resam air hujan dalam menempuh kesenangan serta kepayahan dalam hidup. aku akan lebih faham kehidupan dengan cara ini. terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak. LAIN ORANG LAIN CARANYA, TETAPI CARA YANG TIDAK BERCERMINKAN DIRI SENDIRI SEELOKNYA DIPERSETANKAN.

aku dahulu seorang yang sangat-sangat jahil, baran, serta memiliki segala sifat yang teruk. aku rasa tidak patut malu untuk mengaku. tetapi semua manusia berkecenderungan untuk berubah. aku mula berlajar untuk mengecil dan merendahkan diri walaupun zahir fizikal aku seorang yang besar dan tinggi.

-wanpok-

1 comment:

insan insani said...
This comment has been removed by the author.