Monday, May 2, 2011

Kenapa Mesti Tuding Jari?

Assalamualaikum w.b.t.

tunding jari. kenapa mesti tuding jari? adakah menuding jari itu suatu benda yang digalakkan? atau ianya memang sikap yang wajib ada dalam diri masing-masing terutamanya bangsa keturunan aku?

aku akui, agak susah untuk tidak menuding jari bila kita dipersalahkan atas sesuatu perkara yang kita tak lakukan atau bukan tanggungjawab kita.
kadang-kadang aku sendiri pun lakukan benda yang sama. orang cakap "lepas tekak". "memang aku lepas tekak lah, sebab bukan kerja aku untuk buat kerja-kerja kau". ini adalah dialog yang standard kita dengar.

dari satu sudut, memang diakui alasan seperti dialog diatas boleh diguna pakai untuk sesetengah keadaan. saya ambil cerita kelab malam sebagai contoh, seorang yang berkerja sebagai penjual sayur, pergi menyerang kelab-kelab malam di jalan p.ramlee atau jalan telawi dan menangkap mereka-mereka yang beragama islam untuk di masukkan ke dalam lokap. mustahil bukan? boleh serang, tapi tu pon kalau betul-betul nekad. tapi kita tak tau lah apa kesudahan si penjual sayur itu. mungkin selamat, mungkin beliau pun hanyut sekali dalam kelab itu. kita mana tau. maka kita terpaksa melepaskan tanggungjawab itu kepad
a pihak yg bertanggungjawab.

setiap kali tersiar di dalam berita tv3 ataupun ntv7 tentang anak-anak muda melayu yang ter"kantoi" bila pihak berkuasa serbu kelab-kelab malam, mesti dialog ini yang akan keluar dari mulut mereka. "tengok tu! budak-budak sekarang. ni mesti mak bapak tak reti jaga anak, jabatan agama ni pun satu, dah tenat baru nak bla.. bla.. bla..."



tapi kenapa kita tidak salahkan diri sendiri? sebab yang kene tangkap itu bukan anak kita? bukan abang kita? bukan family kita? tidak! kita sepatutnya salahkan diri kita juga. kita juga memainkan peranan yang penting dalam mengharmonikan sesuatu institusi kemasyarakatan. kita nak suruh siapa yang tegur mereka? ustaz atau ustazah? kesianlah kat mereka. kursus haji mereka kena handle, ceramah fardhu ain mereka kena handle, kelas tajwid Al-Qur'an mereka kena handle. cubalah kita ringankan beban mereka. lagipun, kalau kita tunggu mereka, memang makin teruklah anak-anak muda sekarang.

bila kita tak boleh atau tidak berpeluang untuk tegur mereka semasa mereka melakukan perkara itu, tegurlah mereka selepas mereka selesai melakukan perkara itu. kita hendak menasihati mereka di dalam kelab malam itu memang agak mustahil, kita hendak menasihati mereka di luar kelab malam juga agak mustahil kerana mereka mungkin sudah tidak sedarkan diri. jadi, tegurlah mereka selepas mereka sudah habis berpesta. itu lah cara yang terbaik saya rasa. elakkan kekerasan.

jangan sesekali gunakan kekerasan melainkan memang sudah termaktub di dalam hukum islam cara penyelesaiannya untuk menghukum sesuatu kesalahan itu adalah dengan kekerasan. Nabi kita sendiri tidak pernah menggunakan kekerasan. dengan kelembutan, mereka yang ganas boleh menjadi lembut. tetapi, bolehkan dengan kekerasan, mereka yang ganas boleh menjadi lembut? pada pendapat saya, kerana itu lah kalimah Amar Makruf (menyeru untuk melakukan kebaikkan) berada di hadapan Nahi Mungkar (menghalang/mencegah daripada melakukan kemungkaran). kita gunakan kelembutan untuk mengajak mereka melakukan kebaikkan sekiranya tidak berkesan barulah kita halang daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar. selalunya, bila kita ajak kepada kebaikkan, kemungkaran itu akan hilang dengan sendirinya.

jadi, tugas kita sesama manusia untuk tegur antara satu sama lain. bukan tanggungjawab sesetengah pihak sahaja. tapi tanggungjawab bersama.

saya sendiri pun teruk. saya akui. saya lagi jahil daripada anda semua. mengaji tak pandai, apa ntah lagi nak bercakap pasal hukum-hakam islam. tapi, ini lah saranan saya. kita mesti saling nasihat menasihati. tak perlu menuding jari pon.

kita cuba untuk jadi A Caring Society. Sharing is Caring Right? So start sharing your concern about them, now.

-wanpok-

1 comment: