Friday, January 18, 2013

Jongkang Jongkit

assalamualaikum w.b.t.

frust.
buntu.
mati akal.
frust semula.
buntu balik.
mati akal sampai ke sudah.
last sekali menangis.
buang masa banyak.
persetankan semua itu.
dengar sini.

relationship. love. cinta. semua orang akan lalui. terutamanya relationship yang mengarah kepada terbinanya sebuah masjid. hubungan yang melibatkan dua orang individu yang berlainan jantina, melengkapi antara satu sama lain. yang sorang tak boleh makan nasik lemak punya ikan bilis sebab elergik, yang sorang lagi pula hantu ikan bilis tukang habiskan ikan bilis tersebut. itulah kiasan member aku 'Elise' *betul ke aku eja alias kau tu apek?* tentang ayat saling melengkapi antara satu sama lain dalam bercinta. beliau sweet.

saling melengkapi antara satu sama lain adalah satu faktor penting dalam sesuatu hubungan. bukan sahaja masa bercinta, bukan sahaja selepas diijab kabulkan, tapi setiap masa. aku tulis entri ni sebab aku nak share macam mana aku pandang relationship ni dari pandangan mata aku. bukan nak nasihat atau nak jadi doktor love untuk engkorang-engkorang kat luar sana tu. aku just nak cerita je. kalau rasa benda ni logik, logiklah ia. kalau rasa aku ni salah atau swag, abaikan sahaja. itu sudah cukup.

aku pandang love relationship ni macam jongkang jongkit. engkau di hujung sini, dan pasangan kau dihujung satu lagi. ada 3 fasa dalam bermain jongkang jongkit. fasa pertama, salah seorang akan berada di bawah dan seorang lagi ada di atas. fasa kedua, korang akan berada dalam keadaan (equilibrium) atau sama level. fasa ketiga, sama macam fasa pertama tapi yang berada di bawah akan naik keatas, dan yang di atas akan turun kebawah. ini bicara based on experience lah brader. aku pon pernah jugak pengalaman benda-benda mcm ni. engkorang chill lah. aku manusia juga. hahahaha. *aku tengah blushing ni*

fasa pertama, ayob di bawah, eton diatas. dalam senario ini. beradanya ayob dibawah, bukan sebab beliau berat (boleh jadi juga sebenarnya), tapi sebab eton yang sebelum ni berada dibawah, telah menggunakan kaki beliau untuk tolak dirinya naik keatas. betul tak? walaupon lahirnya eton seorang yang lemah, tapi eton dapat juga buat ayob turun ke bawah. kuatnya seorang hawa itu. macam tulah kita main jongkang jongkit kan? dalam masa yang sama juga, ayob akan cuba memberatkan diri beliau untuk memastikan eton berjaya naik keatas. ayob yang sifat lahiriahnya punya ego yang besar kapal tangki minyak ingin juga berusaha untuk menurunkan diri beliau bagi memastikan eton dapat naik keatas.

fasa kedua, sama level, equilibrium tercapai. dalam senario ini, detik ini. semuanya indah. kentut busuk jadi wangi, muka serabai dibilangnya cute-mute, masak maggie dibilangnya sedap mcm ayam kentaki, dan segala macam benda yang indah. ayob dan eton tak perlu mendongakkan kepala bila mana salah seorang berada dibawah. detik itu, mata bertemu mata. senyuman paling ikhlas dapat dilemparkan terhadap satu sama lain. cuba bayangkan dalam slow motion saat tu. indah bukan? harmoni kan pergerakan jongkang jongkit ni?

credit utk cik google atas gambar ini. 

fasa ketiga, eton pula berada di bawah, ayob pula berada di atas. sama macam penerangan untuk fasa pertama. vice versa. tak lari jauh. *aku dah malas nak taip benda yang sama sebenarnya.* tapi engkorang semua fahamlah kan apa yang aku cuba buktikan ni. kalau faham bagus, kalau tak faham, ualang balik baca dari atas. sampai faham. tapi dekat mana pula kena menggena dengan elemen saling melengkapi antara satu sama lain tu dalam cerita jongkang jongkit ni?

saling melengkapi antara satu sama lain itu adalah tuil atau fulkrum yang ada dekat tengah-tengah jongkang jongkit tadi. untuk jadi indah, seronok, teruja, riang yang boleh kita kecapi dalam fasa kedua iaitu sama level (eqiulibrium), kita tak perlukan elemen melengkapi satu sama lain pun boleh dapat kecapi rasa itu. main simbah-simbah air time basuh kereta misalnya. kan happy tu. masing-masing basah dan bersabun. amboi, romantis bukan? tak taulah pula aku kalau ada orang yang elergik dengan air atau sabun pulak dekat atas muka bumi ni. duduk atas lantai sambil meghadap satu sama lain. tak perlu papan, tak perlu tuil.

tapi itu tidak seronok.
kita kene keatas dan kebawah dalam hidup.
macam main jongkang jongkit.
kita berada di bawah, senyum ada di bibir.
kita berada di tengah, senyum ada di bibir.
kita berada dia atas, senyum masih lagi ada di bibir.
kita enjoy setiap detik ketika bermain jongkang jongkit itu.
tak kira bila di bawah, tak kira bila di tengah, tak kira bila di atas.
seronok bukan kepalang.
tak pernah aku tengok mereka bermain jongkang jongkit sambil menangis.
mungkin ada pada mulanya air mata, lama kelamaan senyum terukir dibibir.

ingat hidup saling melengkapi antara satu sama lain, ingatlah jongkang jongkit.

*ilham menulis dapat semasa aku sedang melihat kanak-kanak bermain jongkang jongkit di taman rekreasi dekat tempat aku berkerja ni. senyuman dan gelak tawa mereka ikhlas dan jujur. kalaulah kita dewasa masih seperti mereka.*