Friday, January 6, 2012

Kami Pencinta Kucing.

assalamualaikum w.b.t

seperti biasa, penganggur seperti aku juga mempunyai kerja tetap walaupun sering digelar peladang anggur secara maya ataupun fantasi. dimana kerja tersebut tidak mendapat apa-apa gaji malahan terpaksa menggeluarkan wang lagi ada. LEPAK! ya, itu adalah kerja sepenuh masa aku sekarang. tempat lepak hanya satu. Restoran Mufah Maju. Hidup Mufah!


tempat lepak ni ada banyak kucing. aku dan ahli kumpulan MiTaKu yang seorang lagi iaitu
Brader Boy Pria Punjangga yang juga seorang pencinta kucing yang amat tegar akan cuba menyelamatkan kucing-kucing yang dibuang oleh orang di tempat kami melepak ini.


kucing adalah haiwan paling aku suka. OK aku tipu. sebenarnya aku paling suka harimau. tapi disebabkan membela harimau adalah suatu perkara yang mustahil, maka aku suka lah kucing.
satu keturunan juga dengan harimau.


ada seekor anak kucing yang comel telah menjadi pendatang baru di tempat lepak kami. memang buangan orang kerana kucing itu sangat cantik bulunya, matanya berwarna biru, kucing betina dan sangat comel. aku namakan anak kucing itu Melly. sebab aku suka watak
Melly dalan cerita Tentang Dhiya tu. boleh? hahahahaha.

tapi Melly ada masalah kudis yang sangat teruk di bahagian kepala termasuk telinga dan
bahagian tengkuk. sampai berdarah-darah. kegatalan yang melampau telah menyebabkan Melly menggaru dirinya sampai luka. kesian Melly.

Modus operandi MiTaKu sangat mudah.

1. bagi makan kucing tersebut supaya menjadi gemuk gedempol.
2. mengubati luka serta kudis-kudis kucing tersebut.
3. kucing tidak akan dibawa pulang supaya mereka boleh belajar untuk mencari makan secara
sendiri semasa ketiadaan kami. (tapi selalunya mereka-mereka jarang cari makan sendiri, tunggu kami jugak)
4. lepak bersama kucing tersebut ataupun buli kucing tersebut sampai mereka gigit tangan
kami.

mudah bukan? hahaha. malas nak cerita. sila layan gambar.



inilah Melly yang sedang khusyuk makan.



makanan Melly yang di sponsor oleh ibu tercinta.



ubat kudis Melly. tajaan Brader Boy Pria Pujangga. boleh didapati di klinik ataupun kedai haiwan berhampiran rumah anda. KOMPOM ada! kalau tak ada, lapor kepada MiTaKu. MiTaKu akan serang kedai itu.


Proses menyapu ubat ke luka/kudis Melly. setakat ini beliau memberi kerjasama yang sangat jitu. kebarangkalian untuk kami menggunakan Apit-G bengkel Kemahiran Hidup untuk mendiamkan Melly tidak mungkin akan berlaku. Good Girl!

Melly yang pasrah ketika diperusah oleh Brader Boy Pria Pujangga.

progress tentang Melly akan di update di sini. mungkin selepas Melly sembuh ada yang berminat untuk meng'adopt' beliau. Melly ini konfirm comel kalau dah baik nanti. tunggulah!

MiTaKu = kaMi pecinTa Kucing (stylo tak nama geng kami. Japanese Style bukan?)

p/s: Melly mati kene langgar dengan kereta beberapa minggu lepas kitorang ubat dia. Al-Fatihah.

-wanpok-