ibu pernah kata, kalau nak tahu orang tu rajin atau pemalas ke tidak, kita tengok saje bilik tidur dia. kalau bersepah teruk, maknanya orang itu sangat-sangat pemalas. tapi bila situasi itu berlaku dekat aku, aku rasa ada yang kurang relevan tentang teori ibu itu. bukan aku bermaksud untuk melawan, jauh sekali untuk memperkecilkan pengalaman hidup ibu sendiri.
lihatlah keadaan workstation aku. sudah huru-hara. posisi asal PC aku sudah pon aku ubah. dari atas meja, turun ke lantai. memang bersepah. tapi, walaupon aku bersepah aku tetap rajin menyiapkan kerja. bukan seorang yang pemalas seperti teori yang cuba ibu utarakan pada aku. cuma aku malas untuk menyusun semua benda-benda tu sebab ianya akan bersepah semula dalam masa 5 minit selepas aku susun. lagi pun mudah untuk aku mencapai semua benda. biar kemas sentiasa? sudahlah, senang cerita "bagaimana keadaan bilik aku, begitulah keadaan aku pada waktu tersebut".
kata mereka tulisan aku seperti tulisan perempuan.
modus operandi aku mengubah cara kerja aku kerana aku malas nak duduk atas kerusi untuk satu jangka masa yang sangat lama. kerusi aku sangat-sangat tidak ergonomic. jadi, cara yang paling ergonomic sekali adalah dengan berkerja sambil baring. (padahal lagi teruk rasanya kot) aku tak peduli. buat kerja sambil baring sangat-sangat selesa bagi aku. boleh tidor terus depan PC tanpa rasa segan silu.
apa-apa pon, beginilah keadaan aku sekarang. sangat-sangat huru-hara. aku terpaksa memberhentikan segala aktiviti muzik aku sama sekali. banyak jugak invitation untuk bermain sempena raya haritu. semua aku tolak. sampaikan jamuan hari raya universiti dan fakulti sendiri pon aku tolak. betul-betul sibuk kan? aku ingatkan semester terakhir aku adalah yang paling best sekali. ternyata meleset andaian aku. semester akhir adalah semester kegelapan bagi aku. aku harap semua ini berbaloi. insyaallah.
Tiba-tiba aku ternampak gambar ini di dalam galeri photo aku. Apek dengan roti tisu nya yang sangat legendary time gathering pra-raya dekat NZ Wangsa Maju. tiba-tiba jugak aku teringin nak pergi sana dan hentam satu roti yang sebijik macam ni.
Fakta Menarik
- purata waktu tidur aku adalah 2 jam utuk setiap 24 jam. ini baru sahaja keadaan bilik, anda belum tengok rupa fizikal tuannya lagi. saling tak tumpah macam Chewbacca.
- Tajuk tidak ada kene menggena langsung dengan entri.
Anggun bukan Chewbacca ini?
-wanpok-