Monday, March 14, 2011

Lembut Hati. Tapi Tidak Lidah.

assalamualaikum w.b.t.

aku seorang yang raut wajahnya garang.
aku seorang yang mempunyai pandangan mata macam singa buas.
aku seorang yang anginnya cepat bertindak-balas.
aku seorang yang api kemarahannya cepat membesar.

pada masa tertentu... bila aku ingat akan mati...

aku seorang yang sentiasa senyum.
aku seorang yang mempunyai pandangan mata yang redup.
aku seorang yang cepat reda amarahnya.
aku seorang yang segera meminta maaf.

tapi...

manusia seperti kau membuat aku rasa jelik sesama manusia.
manusia seperti kau membuat aku bersahabat dengan makhluk api yang hina.
manusia seperti kau membuat aku mahu menikam dan mengambil nyawa kau.
manusia seperti kau membuat aku berasa simpati dengan mereka yang "terduduk" dengan tindakan kau.

tapi...

Maha Kudus melarang aku untuk merasa jelik sesama manusia.
Maha Kudus melarang aku bersahabat dengan makhluk api.
Maha Kudus yang lebih layak mengambil nyawa, bukan aku.
Maha Kudus menyeru untuk muliakan seseorang tidak kira teruk mana pun fi'ilnya.

hati aku mungkin lembut untuk meminta atau memberi maaf.
tapi tidak lidah aku.

jadi...
benarkan aku bercakap menggunakan hati, jangan sampai aku bercakap menggunakan lidah dengan kau. lidah aku macam pedang samurai tajamnya. kalau kena, mata berair, akal padam, hati berdarah.

sila beri kerjasama sementara aku masih ingat mati.

-wanpok-

Sunday, March 6, 2011

Ketuk Lutut.

assalamualaikum.w.b.t.

aku pergi masjid untuk solat zuhur. tengah imam membaca wirid, aku teringat member aku ada cerita pasal tips kesihatan. banyak juga tips-tips yang dia cerita. semua masih segar di ingatan. aku teringat juga tentang tips yang diberikan oleh beliau sekiranya seseorang lelaki itu mengalami iraksi.

jonet: kalo tibe-tibe ko mengalami iraksi, ketuk lutut ko. insyaallah dier ok balik.

aku: ooooooo.. baiklah...

aku tak pernah praktikan tips yang jonet bagi dekat aku. sampailah ke hari ini. jangan tanya kenapa.

berbalik semula ke suasana aku dalam masjid.
imam masih membaca wirid. aku toleh ke kiri sambil mulut terkumat-kamit mengikut ritma wirid pak imam. sehabis aku toleh ke kiri, aku terkejut. aku ternampak seorang pakcik lewat 70-an sedang mengetuk-ngetuk lututnya dengan ekspresi muka yang penuh dengan kesungguhan.

aku hanya mengambil masa 3 saat sahaja untuk keluar dari kawasan masjid. ketawa sehingga mata mahu keluar dari soketnya.

-wanpok-