Monday, April 11, 2011

Susah Nak Explain.


assalamualaikum w.b.t.

kamu orang semua, mari dengar saya membebel. sudah lama tak membebel.
entri kali ini aku nak bercerita pasal budaya kita yang bersopan santun dari segi percakapan. tapi terdapat sedikit kekeliruan yang kita sendiri susah nak terangkan.

sebenarnya macam ni lah, kita kan kaya dengan budi bahasa kita. betul tak? tak kiralah melayu, cina, india, kadazan, bidayuh, melanau, iban, dan lain-lain etnik lagi. jadi, setiap kali kita hendak menceritakan sesuatu, kita aku cuba untuk tidak membangga diri dan tidak menyinggung perasaan mereka yang berkomunikasi dengan kita. tetapi, respon yang diberikan oleh mereka yang mendengar kadang-kadang tidak mengikut piawaian kesopanan itu sendiri. tak paham? aku bagi contoh.

situasi

Ahmad berkerja sebagai seorang juruterbang. perkerjaan Ahmad sangat susah kerana beliau masih baru didalam bidang penerbangan ni. jadi, pada suatu hari datanglah Ali bertanyakan tentang perihal kerjaya si Ahmad. lazimnya ketika sesi mengeteh di kedai kopi. Ali ini hanyalah seorang yang berkerja sebagai pegawai kanan yang kerjanya hanya duduk di dalam pejabat atau konti yang berhawa dingin.

Ali: kau buat apa sekarang ni mat?

Ahmad: aku pilot sekarang. baru seminggu kerja.

Ali: okey kerja kau? susah ke senang?

Ahmad: agak susah jugak lah. maklumlah, nyawa penumpang kat tangan aku. kalau aku cuai, habislah.

Ali: Memanglah mat! mane ade kerja senang sekarang ni mat?! kau kene tau yang bla... bla.. bla.. yada.. yada.. yada... aku sendiri pon kerja susah bla.. bla.. bla..

Ahmad: owhhh...

dalam situasi ini, Ahmad cuba untuk mejadi seorang yang jujur. beliau tidak mahu mengatakan kerjanya mudah takut-takut dilebel "POYO". tapi adakah respon daripada Ali itu adalah respon yang sepatutnya Ahmad terima. sedangkan Ali hanya berkerja sebagai pegawai kanan yang duduk di dalam ofis tanpa mempertaruhkan nyawanya untuk keselesaan orang lain. tetapi Ali tetap tidak mahu kalah didalam bercerita tentang kerjayanya. dia bercerita tentang kerjanya juga turut susah. tang mana susahnya, tak tahulah.

jadi, kadang-kadang kita tersepit di tengah-tengah. samada mahu bercakap secara bongak atau bersopan. secara jujur atau menipu, cerita rendah diri atau cerita "lebat". memang dalam konteks situasi diatas, tidak semua orang yang bersikap seperti Ali. ada juga yang mendengar dan memberi respon yang agak membina. tetapi, rata-rata yang aku jumpa dan dari pengalaman aku sendiri, ramai bangsa aku bersikap seperti Ali.

masing-masing taknak kalah dalam bercerita.
macam mana bangsa aku nak maju?

-wanpok-

Monday, March 14, 2011

Lembut Hati. Tapi Tidak Lidah.

assalamualaikum w.b.t.

aku seorang yang raut wajahnya garang.
aku seorang yang mempunyai pandangan mata macam singa buas.
aku seorang yang anginnya cepat bertindak-balas.
aku seorang yang api kemarahannya cepat membesar.

pada masa tertentu... bila aku ingat akan mati...

aku seorang yang sentiasa senyum.
aku seorang yang mempunyai pandangan mata yang redup.
aku seorang yang cepat reda amarahnya.
aku seorang yang segera meminta maaf.

tapi...

manusia seperti kau membuat aku rasa jelik sesama manusia.
manusia seperti kau membuat aku bersahabat dengan makhluk api yang hina.
manusia seperti kau membuat aku mahu menikam dan mengambil nyawa kau.
manusia seperti kau membuat aku berasa simpati dengan mereka yang "terduduk" dengan tindakan kau.

tapi...

Maha Kudus melarang aku untuk merasa jelik sesama manusia.
Maha Kudus melarang aku bersahabat dengan makhluk api.
Maha Kudus yang lebih layak mengambil nyawa, bukan aku.
Maha Kudus menyeru untuk muliakan seseorang tidak kira teruk mana pun fi'ilnya.

hati aku mungkin lembut untuk meminta atau memberi maaf.
tapi tidak lidah aku.

jadi...
benarkan aku bercakap menggunakan hati, jangan sampai aku bercakap menggunakan lidah dengan kau. lidah aku macam pedang samurai tajamnya. kalau kena, mata berair, akal padam, hati berdarah.

sila beri kerjasama sementara aku masih ingat mati.

-wanpok-

Sunday, March 6, 2011

Ketuk Lutut.

assalamualaikum.w.b.t.

aku pergi masjid untuk solat zuhur. tengah imam membaca wirid, aku teringat member aku ada cerita pasal tips kesihatan. banyak juga tips-tips yang dia cerita. semua masih segar di ingatan. aku teringat juga tentang tips yang diberikan oleh beliau sekiranya seseorang lelaki itu mengalami iraksi.

jonet: kalo tibe-tibe ko mengalami iraksi, ketuk lutut ko. insyaallah dier ok balik.

aku: ooooooo.. baiklah...

aku tak pernah praktikan tips yang jonet bagi dekat aku. sampailah ke hari ini. jangan tanya kenapa.

berbalik semula ke suasana aku dalam masjid.
imam masih membaca wirid. aku toleh ke kiri sambil mulut terkumat-kamit mengikut ritma wirid pak imam. sehabis aku toleh ke kiri, aku terkejut. aku ternampak seorang pakcik lewat 70-an sedang mengetuk-ngetuk lututnya dengan ekspresi muka yang penuh dengan kesungguhan.

aku hanya mengambil masa 3 saat sahaja untuk keluar dari kawasan masjid. ketawa sehingga mata mahu keluar dari soketnya.

-wanpok-

Monday, February 28, 2011

Hipokrit

assalamualaikum w.b.t.

situasi 1.
mamat A: jom pg masjid B!

mamat B: ko jgn nak buat real lah bro! tak payah hipokrit! tiba2 je ko ni. kene sampuk ke ape.?

situasi 2.
mamat 1: weyhhhh.. style lah ko pnyer tindik.!

mamat 2: haaaa... ni first time aku buat ni. sebelum ni tak pernah. sekinhed ni.!

mamat 1: style..!! ko ada identiti ko sndri..!!

kalau orang yang teruk ajak buat benda baik, kita bilang orang itu hipokrit.
tetapi, kalau orang yang baik ajak or buat benda jahat, kita cakap OK!

so how do we define Hypocrite actually?

-wanpok-

Saturday, February 26, 2011

Pasti dan Tidak Pasti

assalamualaikum w.b.t.

dewasa ini,
kita utamakan benda yang belum pasti berbanding yang pasti,
kadang-kadang kejayaan atas perkara yang tidak pasti itu memuaskan hati kita,
membuat kita terus berasa megah dan berjaya,
bukankah bermegah-megah itu suatu dosa?
bukan untuk menjatuhkan hukum ke atas si polan di sini,
bukan.
hanya mengingatkan diri sendiri.

tak terlintas langsung untuk berusaha benda yang pasti.
yakin masih sama,
berjaya menyelesaikan masalah,
timbul riak di dalam diri yang mengatakan diri ini hebat,
berjaya melopongkan mulut mereka-mereka di sekeliling,
timbul rasa takabur di dalam diri yang menyatakan diri ini hebat,
yakin nya salah,
adakah kejayaan itu kerana kita atau atas keizinan NYA?

sememangnya di atas keizinan NYA,
kita mudah lupa sedangkan itulah perkara yang sebenarnya,
terjadinya semua kejadian atas izin NYA,
hatta, sebutir zarah yang bergetar di petalanya,
semua atas izin NYA.

hari ini,
diri merasa amat rugi,
pentingkan dunia lebih daripada yang pasti,
bukan menolak dunia,
tidak!
hanya terasa bodoh kerana tidak mengejar dunia dan yang pasti bersama-sama,
kerana,
mutiara dengan dunia itu tidak dapat dipisahkan.

berjaya di sini, belum tentu berjaya di sana.
berjaya di sana, tentu berjaya di sini.

*merenung keluar sambil merasa menyesal yang tiada kesudahan*

-wanpok-




Wednesday, January 26, 2011

Perhatian Kepada Event Organizer!

assalamualaikum w.b.t.

mood: tidak marah, tidak happy.
muzik di headphone: Edge of Desire. John Mayer.

aku hanya nak luahkan perasaan yang terbuku dihati. cliche tak ayat? terbaek! baca tajuk diatas dan anda akan secara langsung tahu kepada siapa entri ini dikarang. baiklah. bermula.

kami tahu kami baru nak bertapak dalam industri ini. kami rasa sungguh penat untuk survive dalam scene muzik tanah air ini. sudahlah terlampau banyak band yang tumbuh macam cendawan. obviously, malaysian still looking for quantity and not quality. sad ehh? but it's okay. am fine with it. i have both! hahahahahahah. perasan betul budak gemuk ni.

itu tidak menjadi masalah lagi. event management, literally, they will get rich way before our popularity escalate. tapi itu tak mengapa. aku paham, mereka juga dikira pembantu dalam menaikkan nama dalam industri muzik ni. tanpa mereka, siapalah kami. yang menjadi masalahnya ialah, apabila golongan-golongan yang mahu membuat untung dengan meng"organize" event pon tumbuh macam cendawan juga, plus they don't even know how to organize an event?! watttderrrhekkkk?!

ini lah yang terjadi kepada band aku. kami bukan marah sebab apa. anda mendesak, hari-hari tanya samada kitorang boleh bermain untuk event korang atau tidak. tapi bila ditanya tentang venue, jawapanya "TAK SURE LAGI, KITORANG TGH CARIK". bila ditanya pula tentang tarikh, jawapanya "TAK SURE JUGAK, KENE CARI TEMPAT DULU" yada yada yada..

dude, come on lah wey. kalau nak tunggu dua-dua benda tu ngam memang sampai bila lah event ko tak berjalan. ngok! even my 13 years old brother know that. kau kene set either the date or the venue fixed. tapi selalunya, orang set venue fixed, rasionalnya venue bukan free tiap-tiap hari sebab ada orang lain nak gunakan? betul tak? so, kalo ada hari yang free tu, ko grab jerla. aku engineering student pon tau kot. come on lah.

yang membuat aku panas satu badan ialah, kau dah suruh kitorang confirmkan slot untuk kitorg main kat event korang, lagi 1 hari or 3 hari due date korang cakap event cancel. panasnya rasa di hati. kau tak tau pulak aku dah cancel kan semua benda-benda yang aku dah planned haritu semata-mata untuk memperjuangkan muzik dan menolong kau jadi kaya. alih-alih, itu yang kau cakap? "Brooo, event cancel lah, ader prob sikit". sudahlah bonda aku suruh balik ke seri iskandar sebab nak setup rumah baru. aku cancel kan jugak sebab event ko. tak pasal-pasal aku jadi anak derhaka. haih. tak tau lah aku nak cakap apa dengan kau. nasib baik kau perempuan, kalau lelaki, aku dah nyanyi-nyanyi (maki) dah kat dalam telefon tu untuk kau.

moral of the story, jangan jadi oraganizer jika anda ada penyakit kepala otak bebal. sekian. terima kasih.

-wanpok-

Tuesday, January 25, 2011

Exhausted!

assalamualaikum w.b.t.

  1. Nastran material and structure analysis.
  2. thesis
  3. internal combustion engine simulation
  4. Perodua's workstation redesign using Catia.
  5. kene pergi Perodua Rawang untuk No.4.
  6. Futsal (apehal benda ni pon boleh masuk sekali?)
durasi tinggal hanya 5 minggu.

p/s: jika apa-apa berlaku, tolong bagi tau ayahnda dan bonda yang saya sayangkan mereka. saya akan cuba untuk tidak meniru aksi Johnny Lobo dalam filem 3 Orang Bodoh (3 Idiots).