Saturday, February 26, 2011

Pasti dan Tidak Pasti

assalamualaikum w.b.t.

dewasa ini,
kita utamakan benda yang belum pasti berbanding yang pasti,
kadang-kadang kejayaan atas perkara yang tidak pasti itu memuaskan hati kita,
membuat kita terus berasa megah dan berjaya,
bukankah bermegah-megah itu suatu dosa?
bukan untuk menjatuhkan hukum ke atas si polan di sini,
bukan.
hanya mengingatkan diri sendiri.

tak terlintas langsung untuk berusaha benda yang pasti.
yakin masih sama,
berjaya menyelesaikan masalah,
timbul riak di dalam diri yang mengatakan diri ini hebat,
berjaya melopongkan mulut mereka-mereka di sekeliling,
timbul rasa takabur di dalam diri yang menyatakan diri ini hebat,
yakin nya salah,
adakah kejayaan itu kerana kita atau atas keizinan NYA?

sememangnya di atas keizinan NYA,
kita mudah lupa sedangkan itulah perkara yang sebenarnya,
terjadinya semua kejadian atas izin NYA,
hatta, sebutir zarah yang bergetar di petalanya,
semua atas izin NYA.

hari ini,
diri merasa amat rugi,
pentingkan dunia lebih daripada yang pasti,
bukan menolak dunia,
tidak!
hanya terasa bodoh kerana tidak mengejar dunia dan yang pasti bersama-sama,
kerana,
mutiara dengan dunia itu tidak dapat dipisahkan.

berjaya di sini, belum tentu berjaya di sana.
berjaya di sana, tentu berjaya di sini.

*merenung keluar sambil merasa menyesal yang tiada kesudahan*

-wanpok-




No comments: