assalamualaikum w.b.t
diri kita memang dilahirkan untuk merasa puas atau lega bila mendengar benda yang baik-baik. Lunas segala zuluman di dalam hati apabila kita mendengar berita yang seronok lagi sukacita.
tetapi,
sanggupkah kita mendengar benda seronok yang kekalnya tidak lama, hanya seketika. sanggupkah kita? kita lagi rela mendengar berita-berita yang memuaskan diri kita daripada mendengar berita-berita yang akan mendukacitakan kita.
janji,
kenapa perlu kita berjanji? berjanji yang wajib itu hanya untuk Yang Kudus. kita boleh berjanji sesama kita, sesama makhluk, tapi semuanya berada di atas landasan keyakinan dan kesungguhan kita untuk menepati janji kita. jika tidak ada usaha, mana mungkin janji boleh dikotakan?
kecewa,
kecewa bila mendengar kebenaran atau kecewa selapas ditipu? mana satu pilihan kita? kita pilih untuk mendengar mereka yang jujur berkata-kata, tapi tidak dapat menyedapkan telinga kita? atau kita pilih untuk mendengar mereka yang sering menipu kita, tetapi dapat puaskan telinga serta melembutkan hati yang batu yang hanya bersifat sementara?
pilih,
jika disuruh untuk pilih, aku pilih untuk mendengar kebenaran dari mula. biar pahit macam mana pun. dari kepedihan itu kita boleh tukar ia menjadi kegembiraan. tapi sukar, sangat sukar untuk menukarkan sesuatu yang gembira dari mulanya yang berpenyudah dengan kesedihan, kehancuran, kebencian dan meluat. aku pernah duduk bersila sambil menghirup kopi di zaman itu. sangat lama aku dekat situ. aku tau macam mana rasanya.
sugar coated,
melalui pengamatan aku sendiri, masih ramai kita yang suka mendengar berita gembira yang hanya bersifat sementara. sebab kita mungkin malas untuk mengubah sesuatu yang rigid pegun sifatnya. mungkin kita sudah penat untuk mengubah kerana sering kali gagal. mungkin juga kita sudah meluat mendengar berita yang pahit. pilihlah kategori anda yang mana.
biar real,
aku hidup dalam dunia yang realistik. bukan drama swasta. bukan novel cinta. bukan apa-apa media sekalipun. bila kita mula untuk berfikir secara realistik, dan tolak fikiran secara fantasi dan emosi, perlahan-lahan. kita akan nampak dunia. itu semua boleh dimanipulasi oleh akal kerja manusia, tapi realiti adalah kerja Allah S.W.T. yang tetap sifatnya.
Maybe when the bitterness has gone, there will be sweetness on our tounge once more.
Sekian.
Thursday, December 27, 2012
Saturday, December 22, 2012
Penyayang Itu Aku.
assalamualaikum w.b.t.
bukan mudah menjadi seorang yang penyayang. sering buat mereka yang berada di sekeliling bahagia. kita yang penyayang bila mahu capai bahagia?
bukan aku yang minta jadi seorang yang penyayang, mudah mengasihani orang dan sayang orang. kita yang penyayang bila mungkin dapat kasih dan sayang?
bukan mudah untuk menjadi penyayang yang tidak pernah bosan untuk menyayangi orang lain. kita yang penyayang mungkin bosan untuk disayangi oleh orang lain?
mungkin para penyayang ini, Allah S.W.T. cipta miliki jiwa yang kental untuk menyayangi tanpa meminta untuk disayangi kembali.
mungkin.
suatu hari nanti, mungkin.

Housekeeping
assalamualaikum w.b.t.
hampir genap 1 tahun aku tidak meluahkan apa yang terbuku di minda, di hati, dan di sanubari dekat sini.
mungkin sudah sampai waktu untuk aku menulis secara maya. menulis menggunakan pena serta kertas hari-hari aku buat.
jadi, aku sudah bersedia untuk menaip semula. sudah sampai waktunya. kau jaga keyboard! kau bakal lunyai dengan aku.

*beginilah keadaan aku sekarang. gigih secara maya untuk mengemas kertas menulis maya aku. berhabuk. kusam. masam. bersawang.
Friday, January 6, 2012
Kami Pencinta Kucing.
assalamualaikum w.b.t
seperti biasa, penganggur seperti aku juga mempunyai kerja tetap walaupun sering digelar peladang anggur secara maya ataupun fantasi. dimana kerja tersebut tidak mendapat apa-apa gaji malahan terpaksa menggeluarkan wang lagi ada. LEPAK! ya, itu adalah kerja sepenuh masa aku sekarang. tempat lepak hanya satu. Restoran Mufah Maju. Hidup Mufah!
tempat lepak ni ada banyak kucing. aku dan ahli kumpulan MiTaKu yang seorang lagi iaitu
Brader Boy Pria Punjangga yang juga seorang pencinta kucing yang amat tegar akan cuba menyelamatkan kucing-kucing yang dibuang oleh orang di tempat kami melepak ini.
kucing adalah haiwan paling aku suka. OK aku tipu. sebenarnya aku paling suka harimau. tapi disebabkan membela harimau adalah suatu perkara yang mustahil, maka aku suka lah kucing.
satu keturunan juga dengan harimau.
ada seekor anak kucing yang comel telah menjadi pendatang baru di tempat lepak kami. memang buangan orang kerana kucing itu sangat cantik bulunya, matanya berwarna biru, kucing betina dan sangat comel. aku namakan anak kucing itu Melly. sebab aku suka watak
Melly dalan cerita Tentang Dhiya tu. boleh? hahahahaha.
tapi Melly ada masalah kudis yang sangat teruk di bahagian kepala termasuk telinga dan
bahagian tengkuk. sampai berdarah-darah. kegatalan yang melampau telah menyebabkan Melly menggaru dirinya sampai luka. kesian Melly.
Modus operandi MiTaKu sangat mudah.
1. bagi makan kucing tersebut supaya menjadi gemuk gedempol.
2. mengubati luka serta kudis-kudis kucing tersebut.
3. kucing tidak akan dibawa pulang supaya mereka boleh belajar untuk mencari makan secara
sendiri semasa ketiadaan kami. (tapi selalunya mereka-mereka jarang cari makan sendiri, tunggu kami jugak)
4. lepak bersama kucing tersebut ataupun buli kucing tersebut sampai mereka gigit tangan
kami.
mudah bukan? hahaha. malas nak cerita. sila layan gambar.

inilah Melly yang sedang khusyuk makan.

makanan Melly yang di sponsor oleh ibu tercinta.

ubat kudis Melly. tajaan Brader Boy Pria Pujangga. boleh didapati di klinik ataupun kedai haiwan berhampiran rumah anda. KOMPOM ada! kalau tak ada, lapor kepada MiTaKu. MiTaKu akan serang kedai itu.
Proses menyapu ubat ke luka/kudis Melly. setakat ini beliau memberi kerjasama yang sangat jitu. kebarangkalian untuk kami menggunakan Apit-G bengkel Kemahiran Hidup untuk mendiamkan Melly tidak mungkin akan berlaku. Good Girl!

Melly yang pasrah ketika diperusah oleh Brader Boy Pria Pujangga.
progress tentang Melly akan di update di sini. mungkin selepas Melly sembuh ada yang berminat untuk meng'adopt' beliau. Melly ini konfirm comel kalau dah baik nanti. tunggulah!
MiTaKu = kaMi pecinTa Kucing (stylo tak nama geng kami. Japanese Style bukan?)
p/s: Melly mati kene langgar dengan kereta beberapa minggu lepas kitorang ubat dia. Al-Fatihah.
p/s: Melly mati kene langgar dengan kereta beberapa minggu lepas kitorang ubat dia. Al-Fatihah.
-wanpok-
Friday, November 4, 2011
Saya Tak Gay! Saya OK!
"Seksualiti Merdeka"
bila ditanyakan soalan maut kerpada mereka, "kenapa kau jadi macam ni? apa masalah kau?"
ini pula jawapan mereka, "nak buat mcm mana, dah naluri aku macam ni!"
jangan diikutkan sangat naluri itu.
itu semua tipu daya iblis syaitan.
berpeganglah pada syariat.
Allah itu Maha Adil.
Allah jadikan kita sebagai seorang lelaki kerana Dia tahu yang kita boleh jadi lelaki sebaik-baik lelaki yang soleh.
Allah jadikan kita sebagai seorang perempuan kerana Dia tahu yang kita boleh jadi perempuan sebaik-baik perempuan yang solehah.
yang sibuk-sibuk pergi songsangkan kenapa?
sangsi dengan anugerah Allah ke? haish!
yang jadi penganjur himpunan korang tu tak Gay pon.
dia nak dapat populariti dari kesongsangan luar tabi'i korang sahaja.
p/s: aku banyak kali juga kene drop dgn awek, tapi aku taklah terus mengambil langkah drastik untuk tukar kepada hubungan sejenis.
-wanpok-
Wednesday, October 26, 2011
Lihat Kepada Kitaran Air. Rendahkan Diri.
assalamualaikum w.b.t.
cubalah lihat kepada kitaran air,
berasal dari bawah,
disejat oleh matahari untuk naik ke atas,
sudah terlampau berat diatas, diturunkan semula ke bawah,
begitulah seterusnya.
apa yang aku belajar dari kuasa Allah S.W.T. dalam mengatur segala acara dalam kitaran air ini adalah:
- Tidak kira kita berasal dari bawah atau atas, kita akan merasa bagaimana keadaan berada di kedua-dua tempat. sama ada bawah atau atas.
- Yang berada di bawah terpaksa menahan segala perit getir untuk naik ke atas. perit getir itu disimbolikkan dengan panas matahari yang menyebabkan air tersejat ke udara. kita akan berada di atas, tapi dengan menahan segala tekanan yang ada. apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar. masa itu akan tiba.
- apabila sudah berada di atas, kita akan turun semula ke bawah tanpa kita sedari yang kita sudah terlampau berat. mahu atau tidak, kita tetap kena turun ke bawah.
- begitulah kitaran hidup yang aku faham dari segi konsep kesenangan dan kesusahan.
sememangnya perit untuk naik ke atas, tapi selepas berjaya, kita akan berasa sangat puas hati. tetapi sengaja Allah turunkan semula kita ke bawah supaya kita tidak lupa bagaimana peritnya kehidupan di bawah. dengan erti kata lain, kita yang pernah berada di bawah, boleh membantu mereka yang baru di dalam fasa permulaan untuk naik ke atas untuk kali pertama. dan pengakhirannya kita sama-sama akan naik ke atas. bukan sekadar membantu mereka yang baru, tetapi yang paling penting adalah untuk beringat bahawa Allah itu wujud dan akan sentiasa menguji makhluknya. apa yang kita perlu buat adalah sentiasa mengingati akan DIA.
janganlah kita sentiasa bangga dgn keadaan kita ketika berada di atas sehinggakan kita sudah diturunkan ke bawah pun kita masih berkhayal yang kita masih berada di atas. rendahkan diri kita. mengaku segala kekurangan yang kita ada. ia tidak akan menyebabkan kita dipandang hina oleh masyarakat. kita hanya akan dipandang hina sekiranya kita bertindak menafikan kekurangan kita. bukan sahaja masyarakat memandang hina, Allah juga memandang hina tehadap makhluknya yang bersikap fasik, riak dan takabur.
aku sendiri mengingatkan diri aku ygang fasik ini. ikutlah resam air hujan dalam menempuh kesenangan serta kepayahan dalam hidup. aku akan lebih faham kehidupan dengan cara ini. terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak. LAIN ORANG LAIN CARANYA, TETAPI CARA YANG TIDAK BERCERMINKAN DIRI SENDIRI SEELOKNYA DIPERSETANKAN.
aku dahulu seorang yang sangat-sangat jahil, baran, serta memiliki segala sifat yang teruk. aku rasa tidak patut malu untuk mengaku. tetapi semua manusia berkecenderungan untuk berubah. aku mula berlajar untuk mengecil dan merendahkan diri walaupun zahir fizikal aku seorang yang besar dan tinggi.
-wanpok-
Wednesday, October 5, 2011
Pendapat Seorang Student Engineering
assalamualaikum w.b.t.
life is not easy for engineering student. itulah yang aku rasa sekarang. separuh mati bertungkus lumus untuk survive dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kejuruteraan. selalunya, daripada satu kelas, 2/4 sahaja yang akan tamat belajar dalam bidang ini. 1/4 lagi akan tamat selepas meng'extend'kan diri selama satu atau 2 semseter lagi. 1/4 lagi adalah mereka yang gagal survive dalam game ini dan terpaksa dropout.
ramai daripada mereka yang satu aliran dengan aku asyik sibuk membincangkan tentang masa depan mereka. macam-macam spekulasi serta strategi boleh aku dengar daripada mulut mereka. ada yang bernas, dan ada juga yang sampah belaka. aku hanya mendengar dan digest, analisis tentang perwatakan mereka berdasarkan strategi masing-masing.
CGPA adalah benda yang paling hangat diperdebatkan ketika kami lepak minum bersama. yang hebat akan mendabik dada yang kononnya masa depan mereka cerah. itu aku tak dapat sangkal lagi, memang mereka ada advantage dengan pointer yang hebat. ada juga dikalangan mereka ini, yang mendapat cgpa yang cemerlang hasil daripada usaha yang kurang halal. mengerah member lain untuk menyiapkan tugasan mereka. tapi itu semua adalah strategi masing-masing. masing-masing ada cara tersendiri dan kita tidak boleh dan tiada hak untuk pertikaikan.
aku hanya memberi pendapat untuk mereka yang statusnya sama macam aku. yang cemerlang, aku tak akan usik. you guys deserve another guy who is in your own league to create an entry like this. aku adalah dari golongan yang CGPA-nya hanya cukup makan, dan result setiap semester semestinya akan ke laut. tapi bagi aku itu bukanlah maksud untuk masa depan yang gelap. kita bukan seperti mereka yang sentiasa di atas cemerlang sepanjang masa. mereka genius dan kita tidak. kuncinya, kita kena berusaha lebih.
lantaklah kita tidak cemerlang dalam peperiksaan. yang penting kita tahu apa yang kita belajar, mahir dalam setiap elektif yang kita pegang dan tahu cara untuk aplikasikan pengetahuan kita bila sudah berkerja nanti. tapi ramai diantara mereka yang berada dalam golongan aku ini masih tidak sedarkan diri. sudahlah pointer sentiasa menghala ke laut dalam, berusaha sedikit pon tidak. kadang-kadang sedih aku tengok.
strategi aku, sangat simple. "push atau mati" itu sahaja. aku terpaksa push diri aku untuk setiap benda yang berkaitan dengan pembelajaran. walaupun aku tahu aku tak boleh ace time jawab final paper, tapi at least aku tahu something. kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tidak berusaha dan pointer final sama macam aku, mereka gagal sebenarnya. zahir mereka nampak aku dan mereka sama-sama bodoh dan dungu. tetapi isi dalam hanya empunya badan sahaja yang tahu. tak perlulah untuk menunjuk.
wake up call aku bila aku menjalani latihan industri. aku rasa aku perlu struggle untuk belajar disana supaya aku boleh secure something bila sudah tamat belajar. kerana nak difikirkan, dengan pointer yang teruk, siapa nak ambil aku untuk berkerja? jadi, waktu latihan industri lah masanya untuk tunjuk belang. mereka di syarikat akan tahu anda seorang yang kuat berkerja ataupun pemalas yang hanya mahukan duit alaun.
konklusinya, jangan berjiwa kosong sekiranya mendengar kata-kata mereka yang hanya pointer terbaik sahaja akan mendapat perkerjaan. itu adalah teori semata-mata dan ianya sememangnya sampah belaka. yang bagi kita rezeki bukan pointer, tapi Allah S.W.T. as long as kita berusaha bersungguh-sungguh, walaupun gagal, rezeki itu tetap ada kerana Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan menganiaya mahkluknya sendiri. yang penting kita bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan, hatta sebesar kuman sekalipun.
sudah tergadai identiti, jangan pula tergadai maruah. Change!

Subscribe to:
Posts (Atom)