assalamualaikum w.b.t.
life is not easy for engineering student. itulah yang aku rasa sekarang. separuh mati bertungkus lumus untuk survive dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kejuruteraan. selalunya, daripada satu kelas, 2/4 sahaja yang akan tamat belajar dalam bidang ini. 1/4 lagi akan tamat selepas meng'extend'kan diri selama satu atau 2 semseter lagi. 1/4 lagi adalah mereka yang gagal survive dalam game ini dan terpaksa dropout.
ramai daripada mereka yang satu aliran dengan aku asyik sibuk membincangkan tentang masa depan mereka. macam-macam spekulasi serta strategi boleh aku dengar daripada mulut mereka. ada yang bernas, dan ada juga yang sampah belaka. aku hanya mendengar dan digest, analisis tentang perwatakan mereka berdasarkan strategi masing-masing.
CGPA adalah benda yang paling hangat diperdebatkan ketika kami lepak minum bersama. yang hebat akan mendabik dada yang kononnya masa depan mereka cerah. itu aku tak dapat sangkal lagi, memang mereka ada advantage dengan pointer yang hebat. ada juga dikalangan mereka ini, yang mendapat cgpa yang cemerlang hasil daripada usaha yang kurang halal. mengerah member lain untuk menyiapkan tugasan mereka. tapi itu semua adalah strategi masing-masing. masing-masing ada cara tersendiri dan kita tidak boleh dan tiada hak untuk pertikaikan.
aku hanya memberi pendapat untuk mereka yang statusnya sama macam aku. yang cemerlang, aku tak akan usik. you guys deserve another guy who is in your own league to create an entry like this. aku adalah dari golongan yang CGPA-nya hanya cukup makan, dan result setiap semester semestinya akan ke laut. tapi bagi aku itu bukanlah maksud untuk masa depan yang gelap. kita bukan seperti mereka yang sentiasa di atas cemerlang sepanjang masa. mereka genius dan kita tidak. kuncinya, kita kena berusaha lebih.
lantaklah kita tidak cemerlang dalam peperiksaan. yang penting kita tahu apa yang kita belajar, mahir dalam setiap elektif yang kita pegang dan tahu cara untuk aplikasikan pengetahuan kita bila sudah berkerja nanti. tapi ramai diantara mereka yang berada dalam golongan aku ini masih tidak sedarkan diri. sudahlah pointer sentiasa menghala ke laut dalam, berusaha sedikit pon tidak. kadang-kadang sedih aku tengok.
strategi aku, sangat simple. "push atau mati" itu sahaja. aku terpaksa push diri aku untuk setiap benda yang berkaitan dengan pembelajaran. walaupun aku tahu aku tak boleh ace time jawab final paper, tapi at least aku tahu something. kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tidak berusaha dan pointer final sama macam aku, mereka gagal sebenarnya. zahir mereka nampak aku dan mereka sama-sama bodoh dan dungu. tetapi isi dalam hanya empunya badan sahaja yang tahu. tak perlulah untuk menunjuk.
wake up call aku bila aku menjalani latihan industri. aku rasa aku perlu struggle untuk belajar disana supaya aku boleh secure something bila sudah tamat belajar. kerana nak difikirkan, dengan pointer yang teruk, siapa nak ambil aku untuk berkerja? jadi, waktu latihan industri lah masanya untuk tunjuk belang. mereka di syarikat akan tahu anda seorang yang kuat berkerja ataupun pemalas yang hanya mahukan duit alaun.
konklusinya, jangan berjiwa kosong sekiranya mendengar kata-kata mereka yang hanya pointer terbaik sahaja akan mendapat perkerjaan. itu adalah teori semata-mata dan ianya sememangnya sampah belaka. yang bagi kita rezeki bukan pointer, tapi Allah S.W.T. as long as kita berusaha bersungguh-sungguh, walaupun gagal, rezeki itu tetap ada kerana Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan menganiaya mahkluknya sendiri. yang penting kita bersyukur dengan setiap rezeki yang diberikan, hatta sebesar kuman sekalipun.
sudah tergadai identiti, jangan pula tergadai maruah. Change!
-wanpok-
No comments:
Post a Comment