Sunday, August 7, 2011

Poyo Lebat Seorang Lelaki Stylo.

Asalamualaikum w.b.t.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! (meniup habuk, kunun-kunun berhabuk blog ni) teringin aku nak tengok macam mana sebenarnya rupa blog yang berhabuk itu.

aku akui, agak lama jugalah aku tidak meng'update' blog ni. maklumlah, agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian (sebenarnya malas). 3 bulan yang lepas aku tekun menjalankan latihan industri aku. demi untuk memuaskan hati pihak MQA. Internship adalah sangat seronok, sebab setiap kali pulang ke rumah, aku tak perlu risau untuk meng'update' status di facebook atau twitter yang berbunyi seperti: "Arghhhhhhhhhhhh!!! badan penat but aku still tak boleh tidur. Grrrrr!!!". letak sahaja kepala di tempat yang rata, aku pasti tertidur. tidak perlu untuk mengira-ngira kambing. tak perlu.

nak update tentang internship aku lagilah malas. memang besar punye pemalas aku ni. BESAR PUNYE! apa pun tak boleh kan? hahahaha. nanti-nantilah aku update pasal internship aku. aku rajin, aku update. selesai dengan repekkan, menjurus ke tajuk sebenar.

sejak kebelakangan ini, aku mulai jelik melihat lelaki-lelaki yang di dahinya ada tertulis nama "Aaron Aziz" ataupun "Abg Long Dil". sumpah aku semak. aku tak tau kenapa, for some reason, aku teringin sangat nak tarik diorang punya "ehem-ehem" dan sagatkan dekat batang pokok kelap sawit yang tumbuh dengan pesat dekat batang berjuntai ini. motif? tidak ada sebarang motif yang gempak pon, cuma nak bagi tahu akan kehadiran aku di sekeliling mereka. melalui pemerhatian aku, mereka ini akan mempunyai beberapa jenis perangai yang sangat-sangat stereotaip. aku cerita kat sini, korang nilailah sendiri.

(1) Pemakaian.
memang tip-top. dari atas sampai bawah. semua berjenama. yang dalam aku tidak berapa pastilah, berjenama juga gamaknya. tak renoma, prada. kasut mesti yang tajam didepan. tahap ketajaman mestilah berpotensi untuk tercacak di kepala pihak musuh dari jarak lontaran 100 meter. kalau tidak kasut bertajam, mereka akan ber"Onitsuka Tiger". seluar mereka akan terpampang tulisan Paul Smith atau Levi's di kocek punggungnya. bajunya pula mesti berkolar dan kolar itu haram dilipat. ianya mesti terpacak ke atas untuk menampakkan tulisan disebalik kolar itu. dan yang paling hebatnya, lagaknya seperti semuanya original tulen, padahal downtown or uptown mari. aku tidak mengutuk barang-barang yang dijual di uptown atau downtown. aku sendiri turut membeli belah di sana. tetapi berpada-padalah lagaknya bro. pernah suatu ketika aku bersama rakan-rakan membazirkan masa di mamak, anney tukang hantar order tertumpah air milo ke baju seorang mamat ni. dipekiknya ke telinga anney itu. "woi! ni Polo mahal ni! B*bi lah kau ni!". alamak. milo je pon. bukannya getah pokok pisang pon yang anney tu tumpahkan kat kau. adoi.

(2)Perbualan.
bab bercerita mereka-mereka inilah yang paling hebat. paling tak nak jatuh. paling tak nak kalah. mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menang dalam apa-apa perbualan dan untuk menaikkan impression pendengar terhadap mereka. serius. hatta mereka terpaksa berbohong sekalipun. mereka sanggup! seorang daripada rakan aku menceritakan perihal seorang kenalan yang persis jejaka-jejaka PLTS ni. mamat tersebut sering sekali menceritakan tentang kegagahan beliau saling tak tumpah seperti Aaron Aziz. dikatanya yang beliau akan menyabit rumput dihalaman rumahnya tanpa bangun-bangun sehingga siap. bila ditanya besar man halaman yang disabit, seluas padang bola katanya. sekali, bila bertandang ke rumah beliau, tanah yang disabit seluas padang bola hanyalah seluas sebiji kereta. aku pon boleh tak bangun-bangun, siap menyabit sambil baring lagi. boleh challenge?

(3)Gagah.
badan mesti berketul-ketul. jalan berkepak. tangan dah tak boleh nak straight akibat bonjolan-bonjolan yang besar di lenggan. bila ditanya macam mana boleh badan berketul-ketul. akan dinafikan kegiatan bermain besi di gym-gym berdekatan. sebaliknya mereka akan menjawab yang mereka tidak bermain besi di gym, tapi mereka makan besi-besi di gym tersebut. itulah yang membuatkan badan mereka berketul-ketul. jawapan yang paling hampir dengan logik akal manusia akan mereka keluarkan ialah: "aku basuh baju aku pakai tangan setiap hari selama 3 tahun tanpa henti. inilah resultnya! badan berketul!" tapi bila berkunjung ke bilik beliau. itu diaaaa! 2 almari baju busuk tak basuh! puiiihhhh..!!!

(4)Kekasih.
dialah yang paling ramai awek gilakan. dialah paling ramai awek ajak keluar makan, tengok wayang, pergi i-City, dll. bila bercerita tentang awek, mereka yang akan meng'offer' diri mereka untuk menjadi pakar kaunseling atau juru runding percintaan. kata mereka, dengan perempuan jangan tunduk. tunjukkan kekerasan seorang lelaki. jangan jadi dayus katanya. tapi, bila dia bergadoh dengan awek. macam-macam di"update" kat facebook dan twitter. contoh: "dahla bro, orang dah tak suka kau. blah jerla. (kononnya monolog dalaman)", atau "kalau sampai sini sahaja kisah kita, boleh tak kita sambung di syurga nanti? saya nak tunggu awak jgk.", atau "awak, macam mana palat pun awak layan saya, saya tetap sayang awk". atau "mcm mana aku nak lalui hidup ni? dahlah rumah si dia sebelah umah. malu nyeww! (ini kes couple dengan anak jiran rumah sebelah)".

(5)Kewangan.
aku rasa, tak perlu rasanya untuk aku huraikan lebih lanjut tentang isi yang ke-5 ni. aku boleh agak korang sendiri boleh nampak.

benda ni sekarang makin berleluasa di kalangan lelaki-lelaki yang kononya pandai tentang selok-belok dunia. aku dah bosan.

-wanpok-

1 comment:

Hoalanso Bundle said...
This comment has been removed by a blog administrator.