aku pergi masjid untuk solat zuhur. tengah imam membaca wirid, aku teringat member aku ada cerita pasal tips kesihatan. banyak juga tips-tips yang dia cerita. semua masih segar di ingatan. aku teringat juga tentang tips yang diberikan oleh beliau sekiranya seseorang lelaki itu mengalami iraksi.
jonet: kalo tibe-tibe ko mengalami iraksi, ketuk lutut ko. insyaallah dier ok balik.
aku: ooooooo.. baiklah...
aku tak pernah praktikan tips yang jonet bagi dekat aku. sampailah ke hari ini. jangan tanya kenapa.
berbalik semula ke suasana aku dalam masjid.
imam masih membaca wirid. aku toleh ke kiri sambil mulut terkumat-kamit mengikut ritma wirid pak imam. sehabis aku toleh ke kiri, aku terkejut. aku ternampak seorang pakcik lewat 70-an sedang mengetuk-ngetuk lututnya dengan ekspresi muka yang penuh dengan kesungguhan.
aku hanya mengambil masa 3 saat sahaja untuk keluar dari kawasan masjid. ketawa sehingga mata mahu keluar dari soketnya.
-wanpok-
2 comments:
bongok kau. orang tua tu ade sebab laen la gile. hahaha.
hahahahhahha.. tapi aku terkaitkan dgn bnde yg aku dgr.. spontan bro... hahahahaha...
Post a Comment