Monday, January 10, 2011

Ana Raffali

assalamualaikum wb.t.

terkejut kan? semua orang terkejut kan? aku lagi terkejut. siap lepas dia habis performed, aku terus update status kat facebook aku. seperti gambar dibawah.
*statement oktev tinggi sgt tu aku pajak je. bukan itu istilah sebenarnya, tapi memang aku dengar macam ada something wrong dengan tone suara ana time dia nyanyi malam tadi.

aku tau aku bukanlah expert mana pon pasal muzik sampai nak kritik orang. aku sedar diri aku. tapi, sepanjang aku tgk AJL tu yang aku kenal pasti memang performance sedikit kureng dari segi suara ada 2 orang. Ana Raffali dan Syahir. aku rasa bukan aku sorang je yang rasa macam tu, korang-korang kat luar sana pon sama kot. yang mamat syahir ni aku tak amik port sangatlah sebab aku bukan layan pon lagu dia. dan dia tak menang pon. okey, abis babak observation.

aku sebenarnya bangga dengan Ana sebab dia dapat masuk AJL. serius aku bangga. sebab dia pon pernah main kat gig-gig kecil macam aku buat sekarang, we used to play at the same place dan aku paham macam mana keadaan pemuzik-pemuzik yang cuba ketengahkan bakat yang mereka ada dengan bermain di gig-gig kecil ni. sangat-sangat struggle. nak survive dalam scene indie memang sangat-sangat susah. tambah-tambah sekarang banyak band-band indie wujud macam cendawan tumbuh lepas hujan.

rezeki Ana ada dekat Youtube. dia dikenali ramai dari sana. Aidid Alfian jumpa Ana kat sana dan jadikan Ana artis bawah rekod label dia. aku pon buat benda yang sama. upload video aku kat youtube so that ramai orang dengar dan kenal band aku. itu memang rezeki dia. alhamdulillah.

tapi, yang aku tak puas hatinya. kenapa Ana yang menang? sedang
kan ramai lagi yang hebat malam tu. aku rasa Adira malam tu pon boleh tahan hebat kalau nak dibandingkan dengan Ana. tak menjadi isu sekiranya Black, Faizal Tahir, Hujan, Bunkface, atau Stacy yang menang sebab mereka punya persembahan memang agak kemas.

yang menjadi persoalan pada aku sekarang, macam mana sistem pengiraan mata untuk AJL ni yang sebenarnya? adakah lirik 40% - 60% persembahan? atau lirik 60% - 40% persembahan? sebab bagi aku, yang paling releven adalah sistem lirik 40% - 60% persembahan. sebabnya, bagi pahaman aku AJL ni adalah untuk menilai ke"otai"an satu-satu artis itu perform secara live dengan penuh gaya dan karisma dari segi suara dan persembahan pentas. so, everything ditentukan pada persembahan diorang pada malam tu.

kenapa aku kurang setuju dengan sistem lirik 60% - 40% persembahan? sebabnya, baik tak payah buat AJL kalau macam ni. baik buat macam award-award yang biasa je. macam Anugerah Bintang Popular tu. sampaikan terus anugerah tu dekat pemenang. persembahan boleh jugak dibuat sekiranya penyanyi nak kuat kan lagi markah 40% untuk persembahan tadi. bagi aku, macam itulah sepatutnya.

Kesimpulan.

  1. Kalau bagi menang sebab lirik yang kuat, tak payah ada performance sebab buang masa. bagi sahaja award tu macam award biasa ketegori "Anugerah Lagu Terbaik"
  2. Paling releven adalah menang disebabkan oleh persembahan yang mantap pada malam itu.

aku sendiri tak paham juri-juri tu apa yang diorang nak cari sebenarnya untuk Anugerah Juara Lagu ni. tolong serlahkan sedikit bibit-bibit keadilan dalam pengadilan.

tapi, apa-apa pon aku tetap gembira dengan Ana sebab dia menang. Rezeki dia Allah s.w.t. dah tentukan kat situ. kalau ada yang kurang bersetuju dengan aku, aku mintak maaf awal-awal. mungkin korang boleh jelaskan dekat aku tentang perkara yang aku kurang jelas. tapi lembut-lembut lah tegur. jangan marah-marah. aku pon baru nak belajar jugak pasal selok-belok persembahan muzikal ni. aku tak berniat nak bertegang leher pon.

akhir kata,

Tahniah Ana Raffali!


Aku bangga dengan kemenangan kau.

-wanpok-

1 comment:

Anonymous said...

aku x expect sgt die mng.
tp, oktev tu ape ye?
hehe