Monday, December 20, 2010

Aku Kedekut!

assalamualaikum w.b.t.

fuhhh..!!!
dah lama aku tak meng'update' benda jadah ni. hahahahahahaha. nanti kalau ada masa aku update Ismail Part II pulak. okay?

kali ini aku nak cerita pasal aku punya perangai kedekut. tapi bukan pasal wang. aku pasal wang ni pemurah. tiada hal sekiranya orang mintak tolong pasal wang, tapi kene pastikan aku pon ada lebihan wanglah pada waktu itu. kalo tak, tak dapat lah aku nak menolong. haaaa.

sebenarnya, aku ada satu sifat kedekut yang sangat teruk terhadap makanan. haaaa. tu kutuk akulah tu. taulah aku gemuk, dapat pulak perangai kedekut makanan ni. ha, lagilah terserlah kegemukan aku ni kan? shnitzzz!

aku tak kisah sekiranya makanan tu aku beli, yang jadi masalahnya bila makanan tu bonda aku yang masakkan. aku memang kedekut. antara sebab-sebab aku kedekut makanan yang dimasak oleh bonda aku adalah seperti berikut:-

1) Aku tak suka kongsi kesedapan masakan bonda aku dengan orang lain sebab itu yang membuatkan bonda aku special. masakannya sedap tapi tak ramai orang pernah rasa. SPECIAL bukan? ahahahahhaa..

2) Sakit mata bila kau tengok orang yang kau share makanan tu, tak habiskan makanan tu. rasa hati pedih semacam je. woi! c'mon man! mak aku masak sedap kot! apehal ko tak habiskan?! ko nak kene makan dengan aku pulak ke?! kalau aku tau aku tak bagi. see, nampak tak kedekut dia kat situ? hahahahaha.

3) sebab ke-3 ni yang aku rasa korang tak akan boleh terima. sebab bonda aku pesan kat aku suruh AKU habiskan makanan tu. so, aku kene habiskan makanan tu sorang-sorang dengan apa cara sekalipun. bonda aku tak pesan pon macam ni "wan, suruh kawan-kawan kamu habiskan makanan ni". haaaaa. kalau bonda aku suruh kawan-kawan yang habiskan pon aku tetap tak akan bagi sebab aku taknak sebab yang ke-2 terjadi. hah! boleh?! hahahahahahahha!!!

oleh kerana itu aku cakap "taknak" sekiranya bonda aku tanya nak bawak balik lauk ke rumah sewa aku ke tak? hahahahahahahaha. itulah dia 3 sebab yang paling kukuh aku boleh bagi untuk tatapan korang. sebenarnya ada banyak lagi, tapi takut korang cakap aku mengarut pulak. hahahaha. baiklah, itu saja untuk entri kali ini.

selamat malam.

-wanpok-

No comments: