Monday, November 1, 2010

Ismail (Part I)

assalamualaikum w.b.t.

Ismail, seorang yang pendiam ketika masa kanak-kanaknya. ismail anak yang ke-4 dari 6 orang adik-beradik. adik-beradik ismail yang lain sangat segan dengan dia, kerana ismail jarang bercakap. ismail bukan bisu. ismail bukan pekak. tapi ismail cuma jarang bercakap. ismail berasal dari keluarga yang susah. ibu ismail hanya suri rumahtangga sepenuh masa. ayah ismail pula hanya seorang penoreh getah. cukuplah untuk menyediakan makanan untuk seisi rumah bila tiba waktu untuk makan. tapi makanan mereka hanyalah nasi dan ikan kering. cukuplah untuk mereka satu keluarga bernyawa untuk hari seterusnya.

ismail ke sekolah rendah dengan berjalan kaki sejauh 2 batu. kebetulan rumah ismail berhampiran dengan sekolah. tiada perkhidmatan bas sekolah ketika itu, jika ada pun, ayah ismail tidak mampu untuk menyediakan untuk dia. tapi zaman sekarang, 2 batu itu memerlukan sebuah motorsikal untuk ke sekolah. ismail akan ke sekolah tanpa rasa jemu. jarang kedua orang tua ismail mendengar dia merunggut tentang hal-hal persekolahan. bila pulang dari sekolah. ismail orang yang pertama membersihkan diri dan terus membuka al-quran untuk belajar dengan ibunya. bila malam, ismail akan duduk berseorangan didalam biliknya. dipasangnya kelambu dan dinyalakannya lampu minyak tanah. ketika adik-beradiknya yang lain sedang sibuk bermain serta bergurau, ismail hanya duduk didalam kelambu menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam.

ketika umur ismail 15 tahun, ismail telah berjaya masuk ke sekolah aliran inggeris di tengah ibu kota negeri yang ismail dilahirkan. ismail pergi ke sana tanpa menggeluh. bagi ismail, pada masa itu, apa sahaja peluang yang ada perlu diambil serta-merta. disana, ismail tinggal dirumah kakaknya. kakak ismail baru sahaja mendirikan rumahtangga. disitulah ismail tinggal. hal makan minum ismail tidak ada masalah kerana ismail mendapat biasiswa pada ketika itu. untuk ke sekolah, ismail terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10 batu. ismail berjimat dalam membelanjakan duit biasiswanya untuk membeli basikal, untuk memudahkan ismail ke sekolah. pada suatu hari, ismail singgah ke perpustakaan negeri berdekatan sekolah ismail untuk menggulangkaji pelajaran dan mencari sedikit informasi tambahan dalam pelajaran beliau. kecewanya hati ismail ketika keluar dari perpustakaan dan mendapati basikalnya sudah hilang dicuri orang. lewat petang itu, ismail berjalan kaki pulang kerumah sejauh 10 batu. tapi, keesokan harinya, ismail bangkit awal pagi untuk kesekolah kerana basikal sudah tiada dan ismail perlu berjalan kaki. tiada apa yang dapat memadamkan semangatnya untuk pergi menimba ilmu.

berlalu sudah dua tahun. ismail sudah berumur 17 tahun. sudah 2 tahun ismail berpisah dengan orang tua dan adik-beradik yang lain. pulang ke kampung hanya pada hari raya. ismail mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan. ismail sekali lagi mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajaran ijazah sarjana muda ke tanah Uncle Sam. beliau terus ke ibu kota tanah air untuk membuat persediaan ke luar negara. selam setahun ismail berpengkalan disana. genap tiga tahun ismail berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. tahun berikutnya, ismail pun terbang ke tanah Uncle Sam untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun setengah. bermulalah babak baru dalam hidup ismail.

disana, ismail tetap pendiam seperti dahulu. tapi ismail mula meringgankan mulutnya dengan bertegur sapa pelajar-pelajar yang lain kerana sedar yang keadaan disana, ismail perlu kenal dengan pelajar-pelajar senegara dengannya. ismail duduk serumah dengan seorang pelajar senegara dengannya. tetapi berlainan jurusan. semuanya perbelanjaan ditanggung oleh MARA kerana ismail dibawah tajaan MARA. 6 bulan pertama ismail terpaksa berhempas pulas untuk menyesuaikan diri dengan keadaan disana. ismail terpaksa ke kedai buku berdekatan untuk membeli buku-buku 'second-hand' untuk belajar kerana tidak mampu untuk membeli buku baru. pernah sekali ismail membeli buku yang terdapat cop pada kulit buku itu menunjukkan bahawa buku itu pertama kali dibeli pada tahun 1968. ismail tidak kisah akan kondisi buku yang hampir hancur itu. bagi ismail, selagi ada ilmu, selagi itu dia sanggup pakai. genap setahun, ismail ditinggalkan oleh rakan serumahnya yang berpindah kerumah lain tanpa memberi apa-apa alasan. ismail sedar, beliau berasal dari kampung dan rakannya pula berasal dari bandar. pakaian dan penampilan ismail mungkin memalukan rakan serumahnya. maklumlah, buku yang ismail guna pun hampir 5o tahun umurnya.

ismail seorang yang penyabar orangnya...

bersambung...

1 comment:

Fadzly said...

wan..
post ini terbaik..