Saturday, August 20, 2011

Krisis Dengan Bahasa Ibunda Sendiri.

assalamualaikum w.b.t.

aku tak taulah macam mana nak explain kat korang. tapi aku rasa ada beberapa benda yang aku tidak boleh terima sampai ke hari ini. berkenaan dengan penggunaan bahasa yang bagi aku, sampai sekarang aku tak dapat tangkap di mana erti sebenarnya. hah! hambik kau! macam ni lah. aku bagi 2 contoh tentang perkara yang aku bebelkan ni.

Contoh 1: Belanja.

A: weyh! aku dengar bulan ni kau masyuk sikit kan? komisyen sales kau kencang!
B: heh heh heh... adalah sikit. rezeki bulan puasa.
A: hah! belanja lah aku berbuka hujung minggu ni. aku dah banyak kali dah belanja kau. please! please! please!
B: bolehhhhh! tak ada hal lah bro!
A: yesssss! terima kasih B! terima kasih!
B: mmg aku akan belanja, tapi kau yang bayar.
A: pffftttt.!! !@#$$@&

hah! tu! ayat "aku belanja, tapi kau bayar". memang sampai sekarang aku tak faham apa maksud ayat ini. adakah ayat ini ayat untuk melawak? pertama kali aku dengar memang aku tak gelak langsung. rasa nak bagi kaki lagi ada. tapi ayat ni memang sesuai untuk menyakitkan hati orang. bagi aku lah, kalau korang aku tak tau. aku ni sensitif sikit. hati cepat terasa. awwwwww!

Contoh 2: Ringgit

Kelabu: itu hari, aku nampak ada satu gitar ni best woo.!! signature model!!
Taik Anjing: iyeke.?! kau usha kat kedai mana? kedai lim tat hujung simpang sana ke?
Kelabu: ape barang kedai lim tat berooo! bentley damansara lah!
Taik Anjing: oooooo... berapa ringgit?
Kelabu: berapa ringgit?! ish! ko ni! mana main ringgit2 ni. harga dia lebih kurang 5 ribu lebih kot!
Taik Anjing: owhhh..!!! boleh tahan harga dia kan?!
Kelabu: hah! tau takpe!

ni lagi satu. aku cukup marah dengan orang yang macam ni. betullah pertanyaan "berapa ringgit" tu tadi. ada apa-apa salah ke dengan ayat tu? itu kan nama mata wang kita. orang kita rujuk ringgit tu sampai tahap ratus-ratus je. ini yang aku perasan lah. kalo dah main sampai ribu-ribu, bila orang tanya "berapa ringgit?" terus marah. lantaklah harga dia puluh ke, ratus ke, ribu ke, puluh ribu ke, ratus ribu ke, juta ke, ianya tetap ringgit sebab tu nama mata wang negara kita.

aku yang bergelut untuk memahami bahasa ibunda sendiri.

-wanpok-

Sunday, August 7, 2011

Poyo Lebat Seorang Lelaki Stylo.

Asalamualaikum w.b.t.

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! (meniup habuk, kunun-kunun berhabuk blog ni) teringin aku nak tengok macam mana sebenarnya rupa blog yang berhabuk itu.

aku akui, agak lama jugalah aku tidak meng'update' blog ni. maklumlah, agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti harian (sebenarnya malas). 3 bulan yang lepas aku tekun menjalankan latihan industri aku. demi untuk memuaskan hati pihak MQA. Internship adalah sangat seronok, sebab setiap kali pulang ke rumah, aku tak perlu risau untuk meng'update' status di facebook atau twitter yang berbunyi seperti: "Arghhhhhhhhhhhh!!! badan penat but aku still tak boleh tidur. Grrrrr!!!". letak sahaja kepala di tempat yang rata, aku pasti tertidur. tidak perlu untuk mengira-ngira kambing. tak perlu.

nak update tentang internship aku lagilah malas. memang besar punye pemalas aku ni. BESAR PUNYE! apa pun tak boleh kan? hahahaha. nanti-nantilah aku update pasal internship aku. aku rajin, aku update. selesai dengan repekkan, menjurus ke tajuk sebenar.

sejak kebelakangan ini, aku mulai jelik melihat lelaki-lelaki yang di dahinya ada tertulis nama "Aaron Aziz" ataupun "Abg Long Dil". sumpah aku semak. aku tak tau kenapa, for some reason, aku teringin sangat nak tarik diorang punya "ehem-ehem" dan sagatkan dekat batang pokok kelap sawit yang tumbuh dengan pesat dekat batang berjuntai ini. motif? tidak ada sebarang motif yang gempak pon, cuma nak bagi tahu akan kehadiran aku di sekeliling mereka. melalui pemerhatian aku, mereka ini akan mempunyai beberapa jenis perangai yang sangat-sangat stereotaip. aku cerita kat sini, korang nilailah sendiri.

(1) Pemakaian.
memang tip-top. dari atas sampai bawah. semua berjenama. yang dalam aku tidak berapa pastilah, berjenama juga gamaknya. tak renoma, prada. kasut mesti yang tajam didepan. tahap ketajaman mestilah berpotensi untuk tercacak di kepala pihak musuh dari jarak lontaran 100 meter. kalau tidak kasut bertajam, mereka akan ber"Onitsuka Tiger". seluar mereka akan terpampang tulisan Paul Smith atau Levi's di kocek punggungnya. bajunya pula mesti berkolar dan kolar itu haram dilipat. ianya mesti terpacak ke atas untuk menampakkan tulisan disebalik kolar itu. dan yang paling hebatnya, lagaknya seperti semuanya original tulen, padahal downtown or uptown mari. aku tidak mengutuk barang-barang yang dijual di uptown atau downtown. aku sendiri turut membeli belah di sana. tetapi berpada-padalah lagaknya bro. pernah suatu ketika aku bersama rakan-rakan membazirkan masa di mamak, anney tukang hantar order tertumpah air milo ke baju seorang mamat ni. dipekiknya ke telinga anney itu. "woi! ni Polo mahal ni! B*bi lah kau ni!". alamak. milo je pon. bukannya getah pokok pisang pon yang anney tu tumpahkan kat kau. adoi.

(2)Perbualan.
bab bercerita mereka-mereka inilah yang paling hebat. paling tak nak jatuh. paling tak nak kalah. mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menang dalam apa-apa perbualan dan untuk menaikkan impression pendengar terhadap mereka. serius. hatta mereka terpaksa berbohong sekalipun. mereka sanggup! seorang daripada rakan aku menceritakan perihal seorang kenalan yang persis jejaka-jejaka PLTS ni. mamat tersebut sering sekali menceritakan tentang kegagahan beliau saling tak tumpah seperti Aaron Aziz. dikatanya yang beliau akan menyabit rumput dihalaman rumahnya tanpa bangun-bangun sehingga siap. bila ditanya besar man halaman yang disabit, seluas padang bola katanya. sekali, bila bertandang ke rumah beliau, tanah yang disabit seluas padang bola hanyalah seluas sebiji kereta. aku pon boleh tak bangun-bangun, siap menyabit sambil baring lagi. boleh challenge?

(3)Gagah.
badan mesti berketul-ketul. jalan berkepak. tangan dah tak boleh nak straight akibat bonjolan-bonjolan yang besar di lenggan. bila ditanya macam mana boleh badan berketul-ketul. akan dinafikan kegiatan bermain besi di gym-gym berdekatan. sebaliknya mereka akan menjawab yang mereka tidak bermain besi di gym, tapi mereka makan besi-besi di gym tersebut. itulah yang membuatkan badan mereka berketul-ketul. jawapan yang paling hampir dengan logik akal manusia akan mereka keluarkan ialah: "aku basuh baju aku pakai tangan setiap hari selama 3 tahun tanpa henti. inilah resultnya! badan berketul!" tapi bila berkunjung ke bilik beliau. itu diaaaa! 2 almari baju busuk tak basuh! puiiihhhh..!!!

(4)Kekasih.
dialah yang paling ramai awek gilakan. dialah paling ramai awek ajak keluar makan, tengok wayang, pergi i-City, dll. bila bercerita tentang awek, mereka yang akan meng'offer' diri mereka untuk menjadi pakar kaunseling atau juru runding percintaan. kata mereka, dengan perempuan jangan tunduk. tunjukkan kekerasan seorang lelaki. jangan jadi dayus katanya. tapi, bila dia bergadoh dengan awek. macam-macam di"update" kat facebook dan twitter. contoh: "dahla bro, orang dah tak suka kau. blah jerla. (kononnya monolog dalaman)", atau "kalau sampai sini sahaja kisah kita, boleh tak kita sambung di syurga nanti? saya nak tunggu awak jgk.", atau "awak, macam mana palat pun awak layan saya, saya tetap sayang awk". atau "mcm mana aku nak lalui hidup ni? dahlah rumah si dia sebelah umah. malu nyeww! (ini kes couple dengan anak jiran rumah sebelah)".

(5)Kewangan.
aku rasa, tak perlu rasanya untuk aku huraikan lebih lanjut tentang isi yang ke-5 ni. aku boleh agak korang sendiri boleh nampak.

benda ni sekarang makin berleluasa di kalangan lelaki-lelaki yang kononya pandai tentang selok-belok dunia. aku dah bosan.

-wanpok-

Monday, May 9, 2011

Kadang-kadang Dalam Hidup.

kadang-kadang, kita berusaha mencari benda yang kita pasti akan dapat tetapi berkesudahan dengan kekosongan.

kadang-kadang, kita tidak pernah menggerah keringat langsung untuk mendapatkan sesuatu perkara tetapi berkesudahan dengan memiliki apa yang kita hajati.

kadang-kadang, kita teringin untuk memiliki sesuatu itu tetapi kita menumpang atas hak orang lain.

kadang-kadang, kita mahukan sesuatu itu tetapi tidak pernah ada peluang langsung untuk berusaha atau mencuba.

kadang-kadang, kita pernah bau akan kejayaan itu tetapi dirampas oleh keadaan yang mencemburui.

dear paper plane,
please take this note straight to her,
if her heart still in a fight.

dear paper bird,
take this offering from her hands,
simple trail back to the line,
tracing line.

Monday, May 2, 2011

Kenapa Mesti Tuding Jari?

Assalamualaikum w.b.t.

tunding jari. kenapa mesti tuding jari? adakah menuding jari itu suatu benda yang digalakkan? atau ianya memang sikap yang wajib ada dalam diri masing-masing terutamanya bangsa keturunan aku?

aku akui, agak susah untuk tidak menuding jari bila kita dipersalahkan atas sesuatu perkara yang kita tak lakukan atau bukan tanggungjawab kita.
kadang-kadang aku sendiri pun lakukan benda yang sama. orang cakap "lepas tekak". "memang aku lepas tekak lah, sebab bukan kerja aku untuk buat kerja-kerja kau". ini adalah dialog yang standard kita dengar.

dari satu sudut, memang diakui alasan seperti dialog diatas boleh diguna pakai untuk sesetengah keadaan. saya ambil cerita kelab malam sebagai contoh, seorang yang berkerja sebagai penjual sayur, pergi menyerang kelab-kelab malam di jalan p.ramlee atau jalan telawi dan menangkap mereka-mereka yang beragama islam untuk di masukkan ke dalam lokap. mustahil bukan? boleh serang, tapi tu pon kalau betul-betul nekad. tapi kita tak tau lah apa kesudahan si penjual sayur itu. mungkin selamat, mungkin beliau pun hanyut sekali dalam kelab itu. kita mana tau. maka kita terpaksa melepaskan tanggungjawab itu kepad
a pihak yg bertanggungjawab.

setiap kali tersiar di dalam berita tv3 ataupun ntv7 tentang anak-anak muda melayu yang ter"kantoi" bila pihak berkuasa serbu kelab-kelab malam, mesti dialog ini yang akan keluar dari mulut mereka. "tengok tu! budak-budak sekarang. ni mesti mak bapak tak reti jaga anak, jabatan agama ni pun satu, dah tenat baru nak bla.. bla.. bla..."



tapi kenapa kita tidak salahkan diri sendiri? sebab yang kene tangkap itu bukan anak kita? bukan abang kita? bukan family kita? tidak! kita sepatutnya salahkan diri kita juga. kita juga memainkan peranan yang penting dalam mengharmonikan sesuatu institusi kemasyarakatan. kita nak suruh siapa yang tegur mereka? ustaz atau ustazah? kesianlah kat mereka. kursus haji mereka kena handle, ceramah fardhu ain mereka kena handle, kelas tajwid Al-Qur'an mereka kena handle. cubalah kita ringankan beban mereka. lagipun, kalau kita tunggu mereka, memang makin teruklah anak-anak muda sekarang.

bila kita tak boleh atau tidak berpeluang untuk tegur mereka semasa mereka melakukan perkara itu, tegurlah mereka selepas mereka selesai melakukan perkara itu. kita hendak menasihati mereka di dalam kelab malam itu memang agak mustahil, kita hendak menasihati mereka di luar kelab malam juga agak mustahil kerana mereka mungkin sudah tidak sedarkan diri. jadi, tegurlah mereka selepas mereka sudah habis berpesta. itu lah cara yang terbaik saya rasa. elakkan kekerasan.

jangan sesekali gunakan kekerasan melainkan memang sudah termaktub di dalam hukum islam cara penyelesaiannya untuk menghukum sesuatu kesalahan itu adalah dengan kekerasan. Nabi kita sendiri tidak pernah menggunakan kekerasan. dengan kelembutan, mereka yang ganas boleh menjadi lembut. tetapi, bolehkan dengan kekerasan, mereka yang ganas boleh menjadi lembut? pada pendapat saya, kerana itu lah kalimah Amar Makruf (menyeru untuk melakukan kebaikkan) berada di hadapan Nahi Mungkar (menghalang/mencegah daripada melakukan kemungkaran). kita gunakan kelembutan untuk mengajak mereka melakukan kebaikkan sekiranya tidak berkesan barulah kita halang daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar. selalunya, bila kita ajak kepada kebaikkan, kemungkaran itu akan hilang dengan sendirinya.

jadi, tugas kita sesama manusia untuk tegur antara satu sama lain. bukan tanggungjawab sesetengah pihak sahaja. tapi tanggungjawab bersama.

saya sendiri pun teruk. saya akui. saya lagi jahil daripada anda semua. mengaji tak pandai, apa ntah lagi nak bercakap pasal hukum-hakam islam. tapi, ini lah saranan saya. kita mesti saling nasihat menasihati. tak perlu menuding jari pon.

kita cuba untuk jadi A Caring Society. Sharing is Caring Right? So start sharing your concern about them, now.

-wanpok-

Monday, April 11, 2011

Susah Nak Explain.


assalamualaikum w.b.t.

kamu orang semua, mari dengar saya membebel. sudah lama tak membebel.
entri kali ini aku nak bercerita pasal budaya kita yang bersopan santun dari segi percakapan. tapi terdapat sedikit kekeliruan yang kita sendiri susah nak terangkan.

sebenarnya macam ni lah, kita kan kaya dengan budi bahasa kita. betul tak? tak kiralah melayu, cina, india, kadazan, bidayuh, melanau, iban, dan lain-lain etnik lagi. jadi, setiap kali kita hendak menceritakan sesuatu, kita aku cuba untuk tidak membangga diri dan tidak menyinggung perasaan mereka yang berkomunikasi dengan kita. tetapi, respon yang diberikan oleh mereka yang mendengar kadang-kadang tidak mengikut piawaian kesopanan itu sendiri. tak paham? aku bagi contoh.

situasi

Ahmad berkerja sebagai seorang juruterbang. perkerjaan Ahmad sangat susah kerana beliau masih baru didalam bidang penerbangan ni. jadi, pada suatu hari datanglah Ali bertanyakan tentang perihal kerjaya si Ahmad. lazimnya ketika sesi mengeteh di kedai kopi. Ali ini hanyalah seorang yang berkerja sebagai pegawai kanan yang kerjanya hanya duduk di dalam pejabat atau konti yang berhawa dingin.

Ali: kau buat apa sekarang ni mat?

Ahmad: aku pilot sekarang. baru seminggu kerja.

Ali: okey kerja kau? susah ke senang?

Ahmad: agak susah jugak lah. maklumlah, nyawa penumpang kat tangan aku. kalau aku cuai, habislah.

Ali: Memanglah mat! mane ade kerja senang sekarang ni mat?! kau kene tau yang bla... bla.. bla.. yada.. yada.. yada... aku sendiri pon kerja susah bla.. bla.. bla..

Ahmad: owhhh...

dalam situasi ini, Ahmad cuba untuk mejadi seorang yang jujur. beliau tidak mahu mengatakan kerjanya mudah takut-takut dilebel "POYO". tapi adakah respon daripada Ali itu adalah respon yang sepatutnya Ahmad terima. sedangkan Ali hanya berkerja sebagai pegawai kanan yang duduk di dalam ofis tanpa mempertaruhkan nyawanya untuk keselesaan orang lain. tetapi Ali tetap tidak mahu kalah didalam bercerita tentang kerjayanya. dia bercerita tentang kerjanya juga turut susah. tang mana susahnya, tak tahulah.

jadi, kadang-kadang kita tersepit di tengah-tengah. samada mahu bercakap secara bongak atau bersopan. secara jujur atau menipu, cerita rendah diri atau cerita "lebat". memang dalam konteks situasi diatas, tidak semua orang yang bersikap seperti Ali. ada juga yang mendengar dan memberi respon yang agak membina. tetapi, rata-rata yang aku jumpa dan dari pengalaman aku sendiri, ramai bangsa aku bersikap seperti Ali.

masing-masing taknak kalah dalam bercerita.
macam mana bangsa aku nak maju?

-wanpok-

Monday, March 14, 2011

Lembut Hati. Tapi Tidak Lidah.

assalamualaikum w.b.t.

aku seorang yang raut wajahnya garang.
aku seorang yang mempunyai pandangan mata macam singa buas.
aku seorang yang anginnya cepat bertindak-balas.
aku seorang yang api kemarahannya cepat membesar.

pada masa tertentu... bila aku ingat akan mati...

aku seorang yang sentiasa senyum.
aku seorang yang mempunyai pandangan mata yang redup.
aku seorang yang cepat reda amarahnya.
aku seorang yang segera meminta maaf.

tapi...

manusia seperti kau membuat aku rasa jelik sesama manusia.
manusia seperti kau membuat aku bersahabat dengan makhluk api yang hina.
manusia seperti kau membuat aku mahu menikam dan mengambil nyawa kau.
manusia seperti kau membuat aku berasa simpati dengan mereka yang "terduduk" dengan tindakan kau.

tapi...

Maha Kudus melarang aku untuk merasa jelik sesama manusia.
Maha Kudus melarang aku bersahabat dengan makhluk api.
Maha Kudus yang lebih layak mengambil nyawa, bukan aku.
Maha Kudus menyeru untuk muliakan seseorang tidak kira teruk mana pun fi'ilnya.

hati aku mungkin lembut untuk meminta atau memberi maaf.
tapi tidak lidah aku.

jadi...
benarkan aku bercakap menggunakan hati, jangan sampai aku bercakap menggunakan lidah dengan kau. lidah aku macam pedang samurai tajamnya. kalau kena, mata berair, akal padam, hati berdarah.

sila beri kerjasama sementara aku masih ingat mati.

-wanpok-

Sunday, March 6, 2011

Ketuk Lutut.

assalamualaikum.w.b.t.

aku pergi masjid untuk solat zuhur. tengah imam membaca wirid, aku teringat member aku ada cerita pasal tips kesihatan. banyak juga tips-tips yang dia cerita. semua masih segar di ingatan. aku teringat juga tentang tips yang diberikan oleh beliau sekiranya seseorang lelaki itu mengalami iraksi.

jonet: kalo tibe-tibe ko mengalami iraksi, ketuk lutut ko. insyaallah dier ok balik.

aku: ooooooo.. baiklah...

aku tak pernah praktikan tips yang jonet bagi dekat aku. sampailah ke hari ini. jangan tanya kenapa.

berbalik semula ke suasana aku dalam masjid.
imam masih membaca wirid. aku toleh ke kiri sambil mulut terkumat-kamit mengikut ritma wirid pak imam. sehabis aku toleh ke kiri, aku terkejut. aku ternampak seorang pakcik lewat 70-an sedang mengetuk-ngetuk lututnya dengan ekspresi muka yang penuh dengan kesungguhan.

aku hanya mengambil masa 3 saat sahaja untuk keluar dari kawasan masjid. ketawa sehingga mata mahu keluar dari soketnya.

-wanpok-